Monday 11 June 2012

Peruntukan Saham Khas Bumiputera (MITI portion)

- Tahukan anda Ministry of International Trade and Industry (MITI) ada peruntukan saham khas untuk Bumiputera?
- Apakah saham khas ni?
- Camner nak apply?

Introduction
Untuk IPO, ada sesetengah company yang ada MITI portion dimana sebahagian saham yang nak di'offer kat public, di'offer kat MITI dulu..This portion yang dipanggil saham khas Bumiputera. 
Generally, timeline nyer seperti berikut:

MITI portion - Official Bidding Process - Open Market (Hari Listing)

MITI portion ni takde la banyak. Telah ditetapkan unitnya. Walaupun MITI ni dapat dulu saham, tak semestinya mase official bidding process tuh tak cukup saham sebab MITI dah amik semua...Tak sebegitu proses nya. 

So, since MITI dapat offer dulu, orang2 yang apply dari MITI ni dapat tahu dulu samada diorg ni dapat ke tak..(MITI pun buat bidding process. bukan semua org yang apply kat MITI mesti dapat).

Saham Khas Bumiputera
Saham khas ni di offer kapada Bumiputera (obviously) untuk mennggalakkan Bumiputera melabur dalam pasaran saham. Akan tetapi, tak semua saham yang akan keluar (IPO) akan ada portion MITI nih. Only selected company sahaja. 

Harga saham
In term of pricing, harga sama dengan retail investors. Kekadang, ada saham yang offer lain-lain price for retail dan institutional. Ni sebab the company bagi 'discount' kat retailers while institutional ni normally company besar yang ada banyak duit, tak macam retailer. 
Eg, Felda offer lower price to retail and MITI investors but to institutional lain harga. Gas Malaysia pulak tak bagi discount kat retail/MITI, so semua investors bayar sama harga for the saham.

Berbalik kepada MITI portion...

Siapakah yang layak memohon saham khas Bumiputera?
Ada 3 golongan ie Individu, Syarikat dan Koperasi yang semuanya berstatus Bumiputera lah...Untuk kat sini, saya emphasizekah kepada individu..Syarat-syarat kelayakan ialah...
- warganegara Malaysia
- berstatus Bumiputera
- berumur 18 tahun ke atas
- mempunyai sumber kewangan yang mencukupi*
- bukan berstatus pelajar

*Berstatus kewangan yang mencukupi..cmner diorang tau cukup tak duit kite??haa...untuk MITI, kene bagi proof yang kite ada duit untuk membeli saham tu..macam mana tuh??

One of the conditions ialah kene bagi 
- salinan penyata bank 3 bulan TERKINI ( transaksi berserta baki) dan disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) berserta cop bank
- surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada);

Selain itu, apa yang diperlukan? (ni copy paste dari website MITI)

  1. MESTI mengisi borang secara atas talian (online) bagi memudahkan proses permohonan, peruntukkan dan penyimpanan data; (website @ http://saham.miti.gov.my/index.php)
  2. Perlu mencetak borang secara atas talian (online) yang telah lengkap diisi dan mengemukakannya bersama dokumen-dokumen seperti dalam senarai semak kepada MITI, Putrajaya sebelum tarikh tutup permohonan; dan
  3. mesti mempunyai nombor akaun Central Depository System (CDS)* atas nama sendiri.

CDS account ni kene daftar dengan mana-mana investment bank. Ni macam account bank kite tapi untuk saham. Semua orang yang ada niat nak main saham kene wujudkan CDS account ni.

So, untuk summarizekan, kalau nak apply dengan MITI, caranya ialah selalulah bukak website MITI untuk check company apa yang bakal buat IPO dan apply online dari MITI's website. Tapi belum habis lagi..After dah buat online, kene hantar borang2 seperti pengesahan bank, IC etc ke office MITI di Putrajaya. 

Memang agak leceh untuk permohonan MITI ni tapi benefitnya ialah, 
1. hanya Bumiputera yang boleh apply, jadi competition tak sehebat berbanding official bidding process dengan retail investors yang lain.
2. Ada 2 attempt untuk dapatkan saham tersebut sebelum listing. If tak dapat MITI, apply lagi mase official bidding process..if takdapat jugak, mase open market je lah gamaknya. 

Macam mana nak tahu dia application kite dapat ke tak?
Rajin-rajin lah check website MITI untuk tahu perkembangan.

Macam mana kalau dapat saham tapi tak cukup duit?
Bile dah dapat allocation unit tuh, kite kene reply to MITI samada kite nak ke tak saham tuh. If rase-rase tak nak sebanyak yang diberikan,boleh reply form kat MITI tuh dah indicate berapa yang kite nak sahaja.

Cuma ada satu masalah..status Shariah compliant tuh tak diberitahu dalam website. Hanya ada description of the company/ business sahaja. Tapi ada contact number diberi, mungkin boleh bertanya status disitu..

Untuk keterangan lanjut, sila lah ke website MITI (Bumiputera Shares) di http://saham.miti.gov.my/manual.php# atau
http://www.miti.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_d4b3ac09-c0a81573-21d621d6-4da860d9




1 comment:

  1. Lg satu,normaly miti bg 1 week + to submit da application..leceh..kalo x sempat hanta by courier hanta by hand..kalo x silap,kalo pos express ke putrajaya took 3 days kot

    ReplyDelete