Monday 6 August 2012

Astro IPO

Saya tengok kat statistic entri saya ada ramai orang 'search' pasal IPO Astro..tanye bile listing etc...Secara jujur saya nak bagitahu, saya takde detail lagi pasal tuh sebab memang belum ada dengar cerita lagi..Lagipun bulan puasa IPO agak slow, stock market pn agak slow..
.
Tapi saya akan share takat apa yang saya tahu je dulu berkaitan Astro IPO nih...
1) Timing- seperti yang dikhabarkan kat akhbar2, listing expected 4Q12 meaning akhir tahun lah...Antara Oct-Dec 2012..InsyaAllah if takde masalah dengan SC on Prospectus, Requirement etc..

2) Ada peruntukan dari MITI ke tak? Saya baru tengok website MITI, masih belum ada lagi dan samada akan ada ke tak pn honestly saya tak pasti..

3) Shariah compliant ke tak? Seperti yang kite tahu Astro ni termasuk dalam industri Entertainment/ Hiburan...So very unlikely untuk menjadi Shariah Compliant sebab screening ikut industri pun tak lepas..Even if lepas jugak, kene tengok criteria lain seperti perception orang ramai tentang Astro sebagai company as a whole...So, agak susah nak klasifikasikan Astro sebagai patuh Shariah...Selain itu, saya ada check list company yang patuh Shariah kat SC (Senarai May 2010) mase last time Astro listed (Astro delisted June 2010) dan Astro memang tak disenaraikan dalam List Patuh Shariah tuh..

Info lain, kemungkinan besar Astro akan termasuk dalam senarai 30 company dalam FBM KLCI berdasarkan track record sebelum ia de-listed. Samada akan masuk automatik macam Maxis, kene tunggu dan lihat

Harap terjawab persoalan buat masa ni..Selagi Prospectus tak keluar, sangat susah nak cerita sebab belum tau pe game plan Astro this time around..Yang pasti Astro yang akan keluar ni akan ada kelainan dari Astro yang sebelum ni. Takkan dah keluar and nak masuk sebagai entiti yang same kan? Mesti kene ada 'wow' factor nak tarik pelabur...

Saturday 4 August 2012

Saham Akhirat- Sedekah



Sempena bulan Ramadan yang mulia ni, saya nak 'lari' sikit dari topik finance tapi still cerita pasal saham..Haa..jangan ingat duniawi je ada saham..Akhirat pn ada saham...Perkara-perkara/ Amalan yang kite buat yang boleh dijadikan 'saham' kite untuk kite 'realized'kan diakhirat kelak. Saya bukan lah terrer sangat bab-bab ni tapi sekadar berkongsi pengetahuan yang dapat dari kuliah-kuliah yang saya attend. Seperti mana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.

Kenapa dalam bulan Ramadan baru nak cerita pasal ni? Sebab setiap amalan sunat yang dibuat dalam bulan Ramadan ni sama macam buat amalan fardhu dan setiap amalan fardhu digandakan pahala 70 kali ganda. So, rebutlan peluang pahala bulan ni..Ni semua kire saham akhirat kite jugak..

Ada banyak amalan yang boleh kite 'invest' dalam saham akhirat nih (bukan sahaja dalam bulan Ramadan,cume pahala lebih la dalam bulan Ramadan ni)..Yang saya nak cerita kat sini ialah sedekah...Kenapa sedekah? Sebab sedekah termasuk dalam 3 amalan yang tak putus pahala even kite dah tiada, selagi ia memberi manfaat kat orang..So, kalau kite tengk dalam investment perspective, 'value' sedekah ni takkan jatuh walaupun kite dah takde..unless kite riak la pulak dengan sedekah yang kite buat tuh..Itu lain cerita.

“Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan pada setiap tangkai pula ada 100 biji. Allah melipatgandakan ganjaran sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Jangan la kite cakap "Aku tak kaye lagi, takkan nak bagi duit aku kat orang lain, untuk sendiri pun tak cukup"..Kite kene yakin yang Allah akan balas sedekah kite dengan rezeki lain. Rezeki pun tak semestinye monetary form je. 

“Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan akan dikalungkan kelak di lehernya pada hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Ali ‘Imran: 180)

Kat mana afdal nak bersedekah?
Kat memana yang penting untuk jalan Allah. Sebenarnye, tak semestinye sedekah kite bagi duit cash kat orang. Sekarang ni ada banyak cara nak bersedekah. First time perkataan "Saham Akhirat" yang saya ingat saya ternampak ialah kat 1 booth kat 1 program yang saya join. Kat booth tuh ada banyak jenis Quran dan saham yang dimaksudkan ialah kite membeli Quran dan 'organizer' tuh akan sedekahkan Quran itu ke masjid atau tempat tahfiz yang memerlukan.


Selain tuh, banyak je sedekah yang ada mintak dana untuk masjid ke..sekolah tahfiz ke...tak banyak, sikit pn jadilah. Pernah jugak dengar ustaz cerita pasal wakafkan harta kite ke jalan Allah. Ustaz tuh cakap dia cari tempat-tempat pedalaman yang susah dapatkan air dan buat perigi kat tempat itu..Banyak manfaat tuh kat orang setempat. 
Kat IKIM last week ada dengar pasal buat aqiqah dibulan Ramadan. Pahala memberi makan orang mase bulan Ramadan ni banyak. Nak lebih lagi, buat aqiqah dan sedekahkan makanan yang diaqiqahkan kat tempat2 minoriti Islam yang masyarakat nyer memang susah. Yang penting creative untuk menolong orang.

Cume return on investment (ROI) ni tak nampak directly dan on the spot la. Mana pun saham akhirat, tunggu  time akhirat la blh tau 'value'. Tapi ada jugak kes2 terus nampak 'return' tuh directly, ikut rezeki masing-masing. Yang penting kite memberi dengan seikhlas hati dan yakin Allah akan balas dengan cara Dia.


Last but not least, if rase taknak buat yang sunat, ingat-ingatlah yang wajib..Mana yang belum bayar zakat pendapatan silalah check kat Pusal Zakat yang terdekat berapa kene bayar.Jangan ingat zakat fitrah je yang kene bayar..(iklan Pusat Zakat lak sekejap..hehe)

“Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Wallahualam


p/s: Saya pun tak perfect dan same-same kite saling ingat mengingati sesama sendiri