Sunday 3 June 2012

How to invest in Unit Trust via EPF?

Nak beli unit amanah / Unit Trust (UT) tapi takde duit / modal? Haa...senang jek..gune la duit yang disimpan kat EPF (apply to those yang ada EPF je la nih)

(Sebelum apa2, disclaimer dulu ye...Saya BUKAN Agent UT.hehe...)

Saya percaya ramai yang selalu di-approach oleh UT agent dan diajak membuat pelaburan. Perbualan nyer selalunyer berbunyi begini:

UT agent: Ada invest kat unit trust tak?
You: Tak. Takde modal
UT agent: Eh, boleh buat pengeluaran duit EPF beli unit trust.
You: Eh, boleh ye. Ok lah.
UT agent: Printkan EPT statement nanti smua saya settlekan
(Then sign la smua kertas kerja untuk beli unit trust)

other outcome, the person being approached akan buat muka confuse (ye ke boleh...) and cakap akan difikirkan...

Actually, bendanye ni bukan scam ye...Memang betul kite leh keluarkan duit EPF kite untuk buat pelaburan sendiri dalam UT yang di'approve' oleh EPF.

Tapi, nape nak keluarkan duit EPF sedangkan EPF dah buatkan pelaburan kat kite pun slame nih? Jawapanye ada banyak. Antaranyer
1- MUNGKIN kite boleh mendapat pulangan yang lebih if kite buat pelaburan sendiri (active investment)
2- Untuk diversify kite nyer investment.
3- Untuk org Islam especially, kite leh kuarkan portion yang dibolehkan dan melabur dalam Islamic UT sebab EPF memang tak required untuk invest dalam Islamic investment due to mixed contribution dari semua pihak. So, takat mana yang leh control, kite melabur lah kat Islamic nyer investment.

Tapi, bukan la kite boleh keluarkan smua duit kite kat EPF dan invest sendiri. Hanya pada yang layak dan dengan amount yang dibenarkan jek sebab tujuan EPF ni untuk simpanan mase depan. Kalau semua duit kite nak kuarkan, baik takyah masuk kat EPF in the 1st place kan? kalau rugi lagi lah cerita lain..

Nape EPF allow kite invest sendiri? Ni quote dari EPF nyer website  "Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan"

So, ni cara pengiraan untuk tengok kite chack kite layak tak nak invest sendiri EPF kite:
Basic Formula: (Account 1 - Simpanan Asas*) x 20%.

*Simpanan Asas/Basic Savings ni berbeza mengikut umur. Simpanan Asas "adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM120,000.00 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun."

Table kat bawah ni adalah table Basic Savings yang disediakan oleh EPF.


So, nak tahu berapa amount yang kite layak invest kat UT pilihan sendiri, gunelah formula yang diberi tadi.
Eg,Aminah berumur 25 tahun and dia ada RM15,000 dalam Account 1 EPF dia. So, amount yang Aminah boleh keluarkan dan invest sendiri ialah seperti berikut:
Amount = (Balance Account 1 - Basic Savings) x 20%
            = (15,000 - 9,000) x 20%
            = 1,200

RM1,200 ni lah yang boleh agen UT investkan kat any fund yang dipilih oleh individu tuh..

Akan tetapi...satu benda yang sangat penting nak highlight kat sini, keuntungan daripada invest kat UT pilihan sendiri ni akan dimasukkan balik dalam akaun EPF kite. Duit tuh hanya leh dikeluarkan pada umur yang ditetapkan i.e., 50 dan 55 sahaja. (normal requirement)

Untuk maklumat yang lebih lanjut pasal withdraw EPF untuk investment and eligibility untuk this kind of investment, sila check this link out...
For English, bukak http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2members&pg=en_p2members_wdrawtype_new&ac=3603
Untuk Bahasa Melayu http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2members&pg=bm_p2members_wdrawtype_new&ac=3584&lang=bm

Lagi 1 benda nak share, of course there are risk in doing your own investment. Untuk orang macam saya yang memang dalam industry ni akan rase macam senang nak buat investment decision. Tapi, kalau was-was tak tahu nak invest kat mana, carilah ilmu. Banyakkan bertanya especially pada agent yang approach or mintak prospectus untuk tengok past performance. Jangan buat for the purpose orang approach and tak tahu pe jadi lepas tuh. Do ask for the status of your investment.
That's my sincere advise to those yang nak buat any kind of investment, not only in UT.



Wassalam

No comments:

Post a Comment