Sunday 27 October 2019

Zakat Saham

Semua orang tahu zakat ni amalan yang WAJIB. Selalunyer kite biasa dengar zakat fitrah (bayar mase bulan puasa), zakat harta (untuk mengelak bayar cukai utk kebanyakan org- tak semua), zakat perniagaan (company yang bayar) dan banyak lagi jenis zakat. Sememangnye ada banyak jenis zakat yang kite kene bayar tapi memandangkan blog lebih ke arah capital market, saya nak bincangkan pasal zakat saham...

Keuntungan daripada saham consider kite nyer pendapatan. So, saham yang kite pegang ni pun kene bayar zakat..samada kite masih pegang saham tuh atau dah jual..kalau still simpan, cukup haul nyer, kene la bayar zakat. Ni dalil berkaitan perlunya bayar zakat.


Dalil dan syarat wajib mengeluarkan zakat saham adalah sama seperti dalil dan syarat atas zakat wang simpanan.


“Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”

Ok, memandangkan kite dah tahu kene bayar zakat, timbul persoalan adakah ini untuk semua jenis saham atau hanya saham yang patuh shariah?
Jawapannya, hanya applicable untuk saham yang patuh shariah sebab keuntungan daripada saham tidak patuh shariah bercampur dengan pendapatan yang shubhah.

Persoalannye, macam mana nak kire saham zakat ni?
Mula-mula perlu diterangkan zakat saham ni terbahagi kepada 2 kategori sebab untung yg kite dapat daripada saham ada 2:
a) Dividend daripada saham yang dibeli. 
     Untuk dividend, total dividend yg kite dapat x2.5% je. Senang kiraan ni. 

b) Capital gain (untung pasaran harga naik harga)
     Huraian seperti dibawah:

Untuk capital gain, terdapat 2 jenis untung iaitu
i) saham yang kite dah jual dan dapat untung. Eg beli saham harga RM1.00, jual pada harga RM1.90. Untung RM0.90. 
Untuk kategori yang pertama, senang je kire zakat nyer. Jumlah keuntungan x 0.25%. Contoh, keuntungan bersih (dah tolak brokerage fees dan fee-fee yang berkaitan) yang kite dapat daripada jual Saham A ialah RM1940. So total zakat yang perlu dibayar ialah RM48.50 (1940 x 0.025). Keuntungan bersih dikira setelah tolak segara brokerage fees and fees seangkatan dengannya.

ii) saham yang kite masih pegang (hold) dan dah cukup haul nyer (1tahun). Untuk kategori ni, kite masih pegang saham ni cume kite dah pegang lebih dari 1tahun dan ada pengiraan zakat untuk ni juga.

Ketegori kedua ni agak complicated sikit sebab ada 2 pandangan berbeza daripada pusat zakat dari segi pengiraan zakat itu sendiri;
1) zakat saham = nilai pelaburan di hujung haul (harga pasaran* x unit) x 2.5%
2) zakat saham = nilai pelaburan (harga ter-rendah* dalam mase setahun x unit) x 2.5%.

Perbezaan ialah pada harga saham itu sendiri. Yang pertama ikut harga pasaran di hujung haul manakala yang kedua pula berdasarkan harga terrendah dalam mase setahun. Kedua-dua pengiraan akan memberi result yang berbeza. Kenapa berbeza? Mungkin Ijtihad ulama yang berlainan pendapat. Apapun, zakat saham termaktub dibawah purview pusat zakat dinegeri masing- masing. Untuk kepastian pengiraan zakat saham, boleh layari laman web pusat zakat dikawasan masing-masing, antaranya:

KL: http://www.zakat.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=77%3Azakat-saham&catid=10&Itemid=83&lang=ms
Selangor: https://www.zakatselangor.com.my/zakat-saham/
Penang: http://www.zakatpenang.com/index.php?option=com_content&view=article&id=22&Itemid=101
Pahang: http://www.zakatpahang.my/index.php/kira-zakat/kalkulator-zaka-saham
Sarawak: https://www.tbs.org.my/www/?page=94
Sekiranya company tersebut dah bayar zakat perlu ke kite bayar zakat lagi dari dividend yg diperolehi?
Isu ni masih ada pertikaian sebab ada yang cakap kene bayar dan ada yang cakap tak perlu dah sebab company dah bayar. Tapi ada baiknye tanye pusat zakat masing-masing untuk kepastian memangangkan mereka lebih arif dan Ijtihad ulama berbeza ikut negeri. 

Personally bagi saya, tak salah kalau terbayar lebih zakat. Ni saya punye argument, company tersebut bayar zakat perniagaan berdasarkan untung rugi company tersebut manakala kite dapat dividend income, aka zakat pendapatan untuk kite. 2 jenis zakat yang berlainan. Wallahu a'lam

* dimanakah nak dapatkan harga pasaran / harga ter-rendah sesebuah company? InsyaAllah akan dikupas dalam post akan datang. 



Source:
http://www.bursamalaysia.com/market/islamic-markets/education/zakat-on-shares/http://www.zakat.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=77%3Azakat-saham&catid=10&Itemid=83&lang=mshttps://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/maklumat-zakat/

Monday 7 October 2019

It's been a while

Sejujurnya, dah lama saya lupakan blog ni. Tetiba tergerak hati untuk melihat pe khabar blog yang dah bersarang sekian lama ni. Langsung tak expect masih ada pembaca dan boleh ceceh 17k viewers. Tak tau la diorg ni terjumpe blog ni secara tak sengaja atau memang mencari ilmu untuk topik-topik yang dibincangkan. Yang pasti saya sangat terharu dengan banyaknye viewer dalam tempoh masa 6tahun ni dengan takde post baru pon ada juga org baca blog ni. 

Terima kasih untuk yang mengunjungi blog ni dan semoga penulisan ni bermanfaat kepada para pembaca. Sebagai tanda penghargaan, saya akan cuba mencuri masa untuk menambah topik-topik yang menarik dalam blog ni supaya bermanfaat. Sekiranya ada cadangan topik baru boleh komen dibawah dan saya akan pertimbangkan. 


 <a href="https://pngtree.com/free-backgrounds">free background photos from pngtree.com</a>