Thursday 10 January 2013

Barangan ribawi- Currency trading- Forex

Saya terpanggil untuk bercerita pasal Foreign Exchange atau lebih dikenali sebagai FOREX. Sejujurnya, forex bukanlah bidang saya tapi saya akan tulis berdasarkan pengetahuan saya yang agak limited ni dan berdasarkan apa yang saya baca daripada sumber yang boleh dipercayai.

Sememangnye dalam Quran takde istilah forex tapi dalam Islam kite ada konsep yang dikenali sabagai bay al-sarf iaitu perdagangan mata wang. Sebelum saya nak cerita pasal bay al-sarf, saya nak mulakan dulu dengan basic perkara yang diharamkan dalam transaksi dalam Islam. Salah satu benda yang secara umumnya, semua orang tahu riba diharamkan dalam Islam. Ada banyak ayat dalam Quran menegaskan hal ini. Cume kebanyakan orang nampak riba hanyalah 'interest' yang ada kat bank sahaja.

Tapi apa yang tak berapa ramai tahu, ada beberapa jenis riba dan salah satunya ialah riba nasiyah.
Untuk riba nasiyah, ada 1 hadith yang sangat-sangat penting dan famous untuk orang-orang yang belajar Islamic finance iaitu hadith yang menerangkan pasal barang- barang ribawi (ribawi item). Hadithnya berbunyi begini:

Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” - (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)

Hadith diatas menarangkan bahawa barang-barang diatas (6 kesemuanya) MESTI ditukar on the spot dan at par (tiada discount atau premium). T
erlebih dahulu kite analyse apakah barang-barang yang ada dalam hadith tersebut:
1-emas
2-perak
3-gandum
4-barli
5-kurma
6-garam

Keenam-enam barangan diatas juga digelar sebagai barangan ribawi. Para ulama, menerusi kaedah qiyas telah menyatakan illah meng-groupkan barang-barang diatas kepada 2 kategori iaitu 
a) matawang /medium of exchange/ currency (emas dan perak)
b) makanan ruji (gandum,barli,kurma, garam)

Untuk barangan emas dan perak, ulama bersepakat mengkategorikannya sebagai mata wang sebab pada zaman dulu, emas dan perak digunakan sebagai matawang. Zaman sekarang, kite dah tak gune emas dan perak tapi kite gune wang kertas sebagai matawang. Jadi, matawang atau currency juga termasuk dalam kategori barangan ribawi. 

Apa yang membuatkan wang kertas 'laku' sebagai matawang / medium of exchange?
Sila tengok kat duit kertas anda, mesti ada perkataan ni "Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai"

Dua point yang sangat penting dalam hadith diatas ialah, sekiranya kite nak menukar barang-barang di atas, MESTI ditukar secara lani (on the spot) dan pada kadar yang sama. Contonnya, 100gram emas ditukar dengan 100gram emas dan MESTI on the spot.
Sekiranya salah satu tidak di fulfill, maka terjadilah riba nasiyah. Untuk menyenangkan pemahaman, sila rujuk table dibawah:


Jadinye, ada sekiranya kite nak tukar SGD dengan SGD, kene menggunakan kadar yang sama. Tak boleh tukar SGD15 dengan SGD20. Logiknya pun, takde sesapa nak tukar dengan kite kalau hal ni terjadi. So, takde masalah la pasal ni. 


Berdasarkan table diatas juga, kite boleh tukar SGD dengn RM, currency dengan currency tapi MESTILAH on the spot (kotak hijau). Kadar tukaran ikut harga pasaran, tak pe tapi kenelah on the spot. 


Memandangkan boleh tukar matawang A dengan matawang B, memang takde masalah la dengan forex ni. Cume persoalan nye, adakah penukaran kite on the spot? Kalau kite nak pergi melancong ke oversea dan pergi ke money exchange, mintak tukar duit, itu kite on the spot lah..Kite bagi RM, dia bagi USD dan dan tuh jugak. Yg ni memang takde masalah.


Tapi yang ada masalah (bagi saya) ialah bile kite jual beli forex online yang dapat keuntungan atas angin. Soalan pertama yang perlu ditanya, apa niat kite buat online forex? Adakah untuk menjadi speculator? Kite speculate matawang itu akan naik harga. Adakah kite betul-betul 'study' turun naik tukaran asing itu dan berani nak beli dan jual online? Kalau transakasi itu genuine, sanggupkah kite terima 'delivery' matawang itu? Modal untuk kite buat forex trading ni dari poket kite sendiri atau duit pinjaman (riba) dari pihak lain? Jika ada keraguan dalam soalan-soalan ni, mungkin anda lebih berminat baca bahagian bawah ni...


Seperti saya tulis diatas, pengetahuan saya agak kurang dalam bidang forex ni. Tapi saya boleh kongsikan beberapa hadith yang berkaitan dengan forex yang saya jumpe dalam beberapa kertas kerja penganalisa untuk kepentingan bersama

Hadis yang diriwayatkan Abi Said al-Khudri bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: Jangan kamu jual emas dengan emas kecuali secara sama kuantiti, jangan kamu lebihkan antaranya. Jangan kamu jual perak dengan perak kecuali sama kuantitinya, jangan kamu lebihkan antaranya, jangan kamu menjual darinya sesuatu yang tiada dengan sesuatu yang sudah ada!

Asas larangan menjual sesuatu yang belum dimiliki ialah Sabda Rasulullah SAW:
Ertinya: Tidak halal salaf dan jualbeli, tidak halal dua syarat dalam satu jual beli, tidak halal keuntungan tanpa mengambil risiko, tidak halal jualbeli sesuatu yang kamu tidak miliki.


Imam Malik Rahimahullah melarang penjualan matawang yang belum dimiliki walaupun seseorang itu boleh mendapatkan wang tersebut melalui qard ketika transaksi sarf berlaku.
Ertinya: Pada bab lani/ on the spot’ al-Sarf. Aku berkata: Apakah pandangan kamu sekiranya aku berkata dengan seorang lelaki (A) dan kami sedang duduk dalam majlis kontrak: Jualkan aku 20 puluh dirham dengan satu dinar, berkata: Ya, aku setuju aku berkata: Akupun begitu, maka kami pun bertransaksi. Kemudian aku berpaling ke seorang lain (B) denganku dan aku katakan: Pinjamkan aku satu dinar. Dan dia (B) beri. Maka aku membayar dinar tersebut kepadanya (A) dan dia membayarku 20 dirham. Bolehkan transaksi tersebut, atau tidak? Berkata Malik: Tidak ada baik padanya.


ISU PELABURAN MATAWANG UNTUK MENDAPATKAN FAEDAH DARI TURUN NAIK HARGA. (Spekulasi)

Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah meriwayatkan:
Ertinya: Sesiapa yang terlibat memanipulasikan harga barang masyarakat Islam, untuk menaikkan harga mereka, Allah berhak menjadikan ke atas mereka dengan menuntunnya dengan tulang dari neraka pada hari kiamat.

Untuk mendalami topik ini, saya cadangkan bace article kat link ni. Siap ada bagi kertas kerja yang telah dibuat oleh penganalisa.


http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/993-muzakarah-jakim-berkenaan-hukum-forex-trading.html

Saya sedar ramai yang tak nak 'lepaskan' forex ni sebab keuntungan dia melipat kali ganda. Tapi, persoalannya, kite nak lebihkan harta di dunia atau kite nak ikut syarak? Ye matawang diatas hanya berdasarkan qiyas alim ulama tapi adakah knowledge/ pengetahuan kite setaraf dengan mereka untuk menidak kan qiyas mereka?




Wallahualam