Tuesday 12 June 2012

Listing..Delisting...Relisting

Ada perasan tak hari ni nyer berita tentang bakal penyenaraian Astro? Ni lah headline dari Business News online..


Persoalannya...
Pernah dengar atau terbaca dalam keratan akhbar tentang Listing, Delisted dan Relisting? Apakah itu?
Listing- Saham itu disenaraikan dalam Bursa Malaysia
De-listed- Saham itu dibeli oleh owner dan dikeluarkan dari senarai Bursa Malaysia
Re-listing- Saham yang dah dikeluarkan dari senarai Bursa Malaysia dan akan disenaraikan kembali.

Wujudkah situasi begini dalam pasaran saham di Malaysia?
Sudah tentu wujud. Antaranya, Maxis Bhd, Bumi Armada dan akan datang ialah Astro.

Mengapa ini berlaku?
Listing- Jawapan seperti post sebelumnya tentang IPO. Same reason kenapa nak company-company nak buat IPO...perlukan duit untuk mengembangkan perniagaan
De-listed- Mungkin sebab company itu telah dibeli dan pemegang saham terbesar tidak lagi mahu menyenaraikan saham/company itu. (bukan senang nak jaga hati investors nih)
Re-listing- Jawapan skema ialah, seperti mana Listing i.e., nak dapatkan funding/ pembiayaan untuk mengembangkan lagi perniagaan.

Ni contoh keratan akhbar berkaitan tajuk ini:

Listing - 1st time disenaraikan

De-listed a.k.a privatisation

  ni masa Astro nak di- 'de-listed' kan..tahun 2007


Re-listing

Leh caye ke company-company yang buat magik ala-ala chipsmore nih? Kejap list, then de-list, then re-list..Buat sesuka hati diorang jek..For me, yang penting, bila company nak masuk Bursa Malaysia, 'study' company tuh, buat analisis/ penilaian sendiri. 


Owner kaya, nak beli balik nak buat macam mana..Bila di de-list, slalunyer akan bagi 'durian runtuh' kat existing investors as compensation/ pampasan sebab nak de-list. So, terima je la if orang nak bagi kan?


Kadang-kadang ada banyak peluang untuk pelabur bila ada announcement pasal semua ni. Listing sememangnya lah kan...Peluang untuk bermain saham. De-listing pulak, selalunya akan dapat pampasan..(peluang 'buat' duit gak)..Re-listing pun, peluang jugak, mana tahu memang berkembang pesat company tuh...dapat lah untung mase listing untuk capital gain atau dividend...  




No comments:

Post a Comment