Sunday 10 June 2012

IPO oh IPO

Sekarang ni semua orang kecoh pasal Felda Global Venture Holding (FGVH) nyer IPO...Apakah itu IPO?
IPO bermaksud Initial Public Offering..dalam BM, penyenaraian dalam Bursa Malaysia..So, apakah makna penyenaraian itu?
Ok, untuk menyenangkan cerita, kite abaikan dulu definasi IPO dan fokus pada perkara lain berkaitan IPO.

Ok, bayangkan saya ada usahakan satu perusahaan. Erm, sebagai contoh perusahaan kerepek. Sabagai pengusaha kecil-kecilan (sole proprietary), modal semua dibiayai sendiri lah ...samada sendiri nyer saving atau pinjaman. Tapi, bila perusahaan itu makin berkembang pesat, saya mungkin perlukan lebih banyak modal untuk mengembangkan lagi perusahaan saya mungkin dengan membeli mesin atau menambah pekerja atau untuk mendapatkan bahan mentah...selagi boleh menampung perbelanjaan untuk mengembangkan perniagaan, saya akan berusaha menanggungnya sendiri. 


Tapi, bila perniagaan sudah mencapai satu tahap dimana ia sudah mencapai 100% capacity, dan saya tidak lagi dapat menampung untuk mengembangkan lagi pernaigaan, ada 2 options yang saya ada iaitu mencari partner (partnership) atau penyenaraikan perniagaan itu dan menjadikan ia public company (buat IPO).. option pinjaman bank mungkin akan menambahkan beban saya untuk membayar balik kepada bank.


Kenapa nak share company yang kite usahakan sendiri (kite boss) dan nak 'share' company tuh dengan orang lain? Jawapan mudahnya ialah untuk mengembangkan lagi company tuh dengan modal baru yang dibiayai oleh orang lain. So, modal dah share, keuntungan kene la jugak share.

Samada perkongsian atau penyenaraian, yang pasti, saya bukan satu-satunya boss company tuh lagi. Tapi, disini saya nak emphasizekan tentang penyenaraian dalam Bursa Malaysia, bukan pasal perkongsian ye..

So, main idea untuk penyenaraian dia Bursa Malaysia ialah untuk company tuh mandapat duit dari orang ramai (public investor) dan sekali gus 'menyerah'kan hak mutlak dia sebagai sole owner of the company. Ni contoh headline salah satu company yang nak menyenaraikan company dia dalam Bursa Malaysia.


Persoalannya, senangkah proses penyenaraian nih?Simple answer, memang tak senang. Banyak proses yang harus dilalui sebab ia berkaitan dengan duit public.


Memandangkan company tuh nak 'share' ownership dengan public, ada satu badan yang akan memastikan semua information pasal company itu betul dan badan itu ialah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia / Malaysian Securities Commission (SC). Once SC dah approve, akan dikeluarkan company tuh nyer Prospectus. Prospectus ni memanglah sangat tebal min 300 page (koman-koman lah) tapi inilah 'kitab' berguna untuk potential investors untuk tahu inside-out pasal company yang bakal di investkan tuh. Fyi, proses nak siapkan Prospectus mungkin mengambil masa dalam 1 tahun untuk disiapkan.


Lepas tuh mula lah 'bidding' process dan tersenarailah company tuh dalam Bursa Malaysia.  Sebelum itu, mamandangkan nak disenaraikan kat Bursa Malaysia, kene comply dengan regulation dari Bursa Malaysia sendiri..Bukan senang nak disenaraikan nih..Banyak proses yang agak complicated.

Bila disenaraikan, nak tau gak sape investor yang nak invest nih..Haa..jenis 'public' investors normally terbahagi 2 i.e., retail and institutional investors. Retail ni orang biasa yang nak invest while Institutional investors adalah company-company besar yang main activity membuat investment termasuklah EPF, PNB, unit trust funds dan sebagainya.

So...another persoalan..apakah risiko IPO kepada 'original' owner company tuh? Hurm, banyak benda yang di-forego oleh owner. Pertama sekali, sebelum ni dia own 100% company tuh tapi bila dah disenaraikan, sekurang-kurangnya 26% ownership/ unit saham mestilah diberi kepada public. Bila dah tak own 100%, semua keputusan untuk rancangan masa hadapan company kene di'share kepada public jugak since dah jadi public company. Dan sekiranya ada pengumuman penting berkaitan company tuh, mestilah 'report' kat Bursa Malaysia untuk di'publish' kat Bursa Malaysia nyer website. 



Selain itu, nak kene pikirkan macam mana nak menyenangkan hati public ie investors ni..nak bagi dividend ke..nak buat expension ke...apa2 je lah yang akan effect the company. Nak tambah kerunsingan lagi, kene pastikan pulak harga company tuh tak jatuh bergolek (cm kes Facebook), apa nak buat if haga jatuh..macam mana nak improve share price..pe nak jawab kat shareholders if profit tak mencapai target etc...Basically, tak senang IPO nih. 

Erm, tapi tak semua company buat IPO sebab nak buat expansion..ada banyak reason lain nape company buat IPO tapi expansion adalah reason yang paling selalu digunakan. Saya suka tengok reason of IPO dan ia boleh dijumpai dalam Prospectus yang dikeluarkan. 


Risiko IPO kepada public investors, adalah sama seperti membeli saham lain..tapi, risiko yang paling teruk a.k.a nightmare untuk investor adalah bila harga saham company tuh jatuh pada hari pertama disenaraikan..

Harga/ Price IPO
Bila kite subscribe IPO, ia akan based on IPO price yang telah ditetapkan. Ni based on value of the company yang dikira oleh Investment Bank yang dipertanggungawabkan. Ada kes dimana pada hari pertama disenaraikan, harga saham company tuh jatuh / kurang dari harga yamg ditetapkan. Perkara ni jarang berlaku tapi jangan ingat ia tak kan terjadi.. Eg dibawah ialah salah satu contoh bile harga hari pertama listing kat Bursa jatuh dari IPO price.




Macam mana nak pastikan harga saham IPO yang kite beli tak jatuh?? mmg kite takkan tahu. nama pun pelaburan..tapi, apa yang kite boleh buat ialah 'study' Prospectus tuh dan buat penilaian sendiri samada company tuh viable ke tak, ada potensi untuk berkembang ke tak..biasalah bila nak duit, mesti cakap yang positive jek, tapi bolehkan the company keep their promises?


Untungnya jadi Fund Manager (buat investment untuk institutional investors) ialah, ktorg diberi peluang untuk berjumpa dengan Management (orang kuat) of the company dan directly bertanya tentang company mereka dan ni dapat kurangkan risk.  

Risk -risk lain pasal company ada je dalam Prospectus sekiranya dibuka Prospectus tuh. Eg content dalam Prospectus adalah seperti pic kat bawah ni..


Sebagai Muslim, penting gak untuk kite tahu company yang nak disenaraikan itu Shariah compliant ke tidak. Jangan risau, dalam Prospectus ada ditulis sekiranya company tuh Shariah Compliant. If tak tulis tuh, assume otherwise lah. Nak bgtau ni cz if the IPO dikeluarkan dalam bulan Julai la sebagai contoh, kite tak leh check kat List of Shariah Compliant stocks kat SC's website cz tak listed lagi dan takkan nak tngu next List dalam bulan November. So, the only place nak check ialah kat Prospectus tuh sendiri. Ni contoh clause yang untuk company yang Shariah compliant



So, dah tahu pasal IPO, buatlah 'homework' pasal company yang nak di invest tuh..Sekarang ni Felda nyer bidding still on. Dapatkan Prospectus dan check lah pepe yang patut. Fyi, Prospectus Felda dalam 900 pages. Nak dapatkan Prospectus, cari kat website SC atau Bursa Malaysia
http://www.sc.com.my/sub.asp?pageid=&menuid=329&newsid=&linkid=&type=S
http://www.bursamalaysia.com/website/bm/listed_companies/ipos/prospectus/



2 comments: