Monday 6 August 2012

Astro IPO

Saya tengok kat statistic entri saya ada ramai orang 'search' pasal IPO Astro..tanye bile listing etc...Secara jujur saya nak bagitahu, saya takde detail lagi pasal tuh sebab memang belum ada dengar cerita lagi..Lagipun bulan puasa IPO agak slow, stock market pn agak slow..
.
Tapi saya akan share takat apa yang saya tahu je dulu berkaitan Astro IPO nih...
1) Timing- seperti yang dikhabarkan kat akhbar2, listing expected 4Q12 meaning akhir tahun lah...Antara Oct-Dec 2012..InsyaAllah if takde masalah dengan SC on Prospectus, Requirement etc..

2) Ada peruntukan dari MITI ke tak? Saya baru tengok website MITI, masih belum ada lagi dan samada akan ada ke tak pn honestly saya tak pasti..

3) Shariah compliant ke tak? Seperti yang kite tahu Astro ni termasuk dalam industri Entertainment/ Hiburan...So very unlikely untuk menjadi Shariah Compliant sebab screening ikut industri pun tak lepas..Even if lepas jugak, kene tengok criteria lain seperti perception orang ramai tentang Astro sebagai company as a whole...So, agak susah nak klasifikasikan Astro sebagai patuh Shariah...Selain itu, saya ada check list company yang patuh Shariah kat SC (Senarai May 2010) mase last time Astro listed (Astro delisted June 2010) dan Astro memang tak disenaraikan dalam List Patuh Shariah tuh..

Info lain, kemungkinan besar Astro akan termasuk dalam senarai 30 company dalam FBM KLCI berdasarkan track record sebelum ia de-listed. Samada akan masuk automatik macam Maxis, kene tunggu dan lihat

Harap terjawab persoalan buat masa ni..Selagi Prospectus tak keluar, sangat susah nak cerita sebab belum tau pe game plan Astro this time around..Yang pasti Astro yang akan keluar ni akan ada kelainan dari Astro yang sebelum ni. Takkan dah keluar and nak masuk sebagai entiti yang same kan? Mesti kene ada 'wow' factor nak tarik pelabur...

1 comment:

  1. Dah keluar dah MITI allocation for ASTRO...Leh check kat link nih.. http://saham.miti.gov.my/penawaran.php?id=12

    Prospectus pun ada kat website SC kat link nih..http://www.sc.com.my/main.asp?pageid=1196&menuid=&newsid=&linkid=&type=
    Tapi ada clause SC tulis Prospectus ni still dalam review lagi.

    So, kepada sesiapa yang berminat, sila buat homework lah pasal Astro nih. Tapi as expected tak jumpe clause pasal Shariah compliant kat Prospectus tuh..Boleh la cari sendiri mungkin saya je yang tak jumpe..

    ReplyDelete