Saturday, 21 July 2012

Real Estate Investment Trust (REIT)

Real Estate Investment Trust (REIT) Ni saya nyer topic favourite. .Reit ni sebenernye bukanlah benda yang baru sangat tapi baru dua tiga tahun kebelakangan ni yang agak naik namanya 

Apa itu REIT? 
Kalau ikut definasi kebanyakan orang Reit ni combination of Unit Trust dan saham. Ada jugak yang cakap ala-ala fixed income sebab stable return. Sebenarnya, untuk saya Reit ni hanyalah satu sejenis sector / jenis perniagaan..macam kite ada sector lain spt perbankan, pertanian ataupun pembinaan. 
Sebelum saya cerita business Reit ni, nak paham Reit ni senang jek. Bayangkan kite nyer personal investment in property. Bile kite beli property, kite dapat pulangan dari sewa yang penyewa bagi. 


Pulangan bersih kite = Duit sewa – pinjaman bank. 


Business reit ni lebih kurang macam kat atas tapi dalam scale yang lebih besar. Kalau personal maybe tak banyaklah property tuh tapi kalau reit company, diorg beli banyak properties. Basically, reit ialah company yang main businessnyer ialah membeli bangunan, then sewakan bangunan tuh selain menjaga / ‘manage’ bangunan yang diberi. 


Reit company ni kene bagi 90% daripada keuntungan bersih (dah tolak kos pengurusan etc) dia kpd shareholders / investors sebagai dividend. Kalau tak distribute dividend kat shareholders, diorg kene bayar cukai. So, kirenye investor dapat pulangan daripada dividend. 


Reit jugak disenaraikan dalam Bursa Malaysia. Sebab tu saya cakap reit ni macam jenis-jenis setor yang lain yang ada dalam Bursa Malayia. Kat Malaysia ada berbelas gak la company yang buat reit nih. Ada 1 reit akan buat IPO dalam masa terdekat ni. Ada jugak yang tak disenaraikan seperti Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) nyer Amanah Hartanah Bumiputra. Tapi concept reit same jek.

Kenapa invest kat reit? 
1- Tak semua orang mampu buat property investment sebab nak dapat pinjaman la etc…So, reit bagi kite peluang untuk invest macam buat property gak tapi dengan beli saham reit company nih. Tak mahal saham-saham diorg nih.Paling mahal pun dalam RM2 – RM3 je. Tapi so far ada 3 je yang Islamic Reit (Shariah compliant) yang listed. 

2- Stable dividend..Reit company kene bagi/ pulangkan 90% daripada net profit kepada pemegang saham. So, dapat jugak pulangan. Ada yang bayar dividend setiap 3 bulan, ada yang setiap 2 bulan atau ada yang bagi setahun sekali tapi MESTI bagi dividend kalau diorg tak nak bayar cukai. 


3- Transparent.. Memandangkan reit ni listed (ada je yang tak listed macam PHB tapi kite abaikan yang tuh dulu), semua perkembangan company tuh boleh didapati kat Bursa Malaysia. Apa asset2 / bangunan yang dibeli, bile nak bagi dividend etc. Harga saham pun kite boleh tahu macam mana pergerakan nyer. Nak jual untuk dapat capital gain atau tunggu dapat dividend.


Risiko; Semua jenis investment mesti ada risiko. 
1- Memandangkan reit ni listed, ada risiko harga saham turun naik (fluctuation) , market risk 
2- Kurang dividend sebab harga pasaran properties jatuh etc..Seperti yang dimention kat atas, dividend berdasarkan keuntungan bersih. Kalau keuntungan bersih berkurang, kurang la dividend yang diberi. Kalau takde untung, takde lah dividend yang diberi (sangat kurang possibility la). 
3- Kurang dividend sebab penyewa tak dapat bayar sewa. Logiknye, total sewa kurang dan kuranglah keuntungan bersih dan ni akan memberi kesan pada jumlah dividend yang akan diberi. 


- Features yang sama dengan unit trust ialah ia ada combine bebanyak properties. 
- Features yang sama dengan saham ialah company reit nih listed. Meaning kite leh tahu pergerakan harga saham setiap masa, tak macam unit trust dimana kite tahu harga UT lepas market tutup.
- Features yang sama dengan fixed income ialah sebab reit company ni bagi stable dividend. Fixed income, nama pun fixed..So leh kire macam ala-ala jugak lah. 


Fakta menarik tentang reit 
1- Memandangkan ‘core business’ dia beli properties dan uruskan asset, reit manager ni ada banyak cara mengira sewa yang nak dikenakan. Biasanye sewa ikut keluasan (RMxx/ sqf)…ada yang tambah % of profit penyewa tuh, ie, Sewa = keluasan + % keuntungan penyewa. 
2- Kontrak penyewa pun pelbagai..semua bergantung kat property manager nyer creativity. 
3- Reit paling masyuk sewa ialah reit yang property portfolio ada shopping mall. Kalau perasan la, ada sesetengah kedai kat shopping mall yang berubah tempat, tapi masih dalam mall tu jugak. Ni sebab ada property manager yang ‘jaga’ consumer traffic.. Property manager ni ‘study’ kedai mana patut ada kat mana berdasarkan consumer traffic..memang analisis gempak la diorg buat sebab total sewa adalah seperti equation diatas. So, if ‘study’ diorg ni betul, dapat maximizekan profit kedua-dua belah pihak. 


Nak tahu lebih lanjut pasal reit nil eh check kat website Bursa Malaysia ni… http://www.bursamalaysia.com/market/securities/education/real-estate-investment-trusts-reits/ 








Disclaimer: Info yang saya tulis ni based on pengetahuan terhad saya pasal topic ni. Terima kasih 


Selamat berpuasa dan berbuka

Tuesday, 17 July 2012

Bond

"Bonds are not your typical high risk-high yield investment but they are very likely to earn a return for you."


Apa itu bond?
Ni memang soalan cepumas mase belaja dulu. Even bile lecturer dah explain pun still tak masuk otak gak. Macam susah sangat nak register. So, kat sini akan saya try jelaskan bond dalam context yang lain..

Sebelum tuh, nape nak tau bond tuh apa? Kite memang tak directly beli bond tapi bond ada dalam sesetengah Unit Trust untuk diversify kan UT diorang. 
Oh ye, bond tak Shariah compliant sebab ada element interest (riba') dalam bond. Tapi ada gak Islamic bond. Yang ni tak gune interest tapi gune lain nyer Islamic contract untuk manjadikan ia Shariah compliant. Tapi sekarang ni dah tak gune term Islamic bond. Dah gune nama sukuk lak. Tapi sukuk lain post la ye...

Sebelum ni saya penah post pasal IPO, cmner company nak gune duit tapi tak dapat pinjaman dari bank so issue shares. 

Bond (Focus on corporate bond ek) ni macam buat pinjaman gak. 
Eg, if kite buat pinjaman kat bank, bank bagi kite amount yang kite nak then setiap bulan kite bayar kat bank interest plus portion duit yang kite pinjam untuk jangka masa yang ditetapkan.

Bank bagi duit in full (t=0), setiap bulan bayar balik pinjaman (interest + loan), sampailah kite habis bayar (t=n)

So, bond pulak (kite issuer), instead of pinjam kat bank, kite mintak investor nyer duit untuk invest dengan kite and tiap bulan kite bagi investor interest dan diakhir payment (ikut berapa tahun yang di-agreed) bayar balik duit investors tuh. 

Investors bagi duit in full, tiap 3 bulan / 6 bulan (depend on contract) kite bayar interest,then bayar balik total amount yang kite dapat dr investors i.e., bayar interest + initial amount (t=n)

Cume instead of pinjam duit bank, kite pinjam duit atau dalam lain nyer perspektif, kite ajak lain parti join kite invest kat project kite.


Pe bagusnye bond ni sampai investor nak invest dgn kite? REWARD??
Point of view investor/bond holder:- if simpan duit kat bank dapat 3%, baik investkan duit tuh kat bond if bond leh bagi pulangan lebih dari 3%. dan bond ni 'legally binding'- meaning issuer bond tuh kene gak bagi amount yang dah ditetapkan kat investor/ bond holder. (obviously tak Islamic la kan?)
Point of view issuer: bukan senang nak dapatkan pinjaman/ modal dari bank untuk kembangkan sesuatu project. Kalau la issuer ni dah sememangnye ada banyak hutang kat bank, susah nak dapatkan pinjaman lagi.


Risiko
Semua pelaburan ada risiko cume risiko bond ni tak berapa besar banding dengan beli saham. Seperti kata-kata dia atas, bond tak lah high risk tapi tetap ada pulangan berdasarkan perjanjian.
Untuk lebih teknical sikit, bond ni ada rating dia sendiri. Kat Msia ni ada 2 rating agency yang agak famous la..MARC dan RAM. Diorg akan bagi rating kat bond-bond based on risk and reward dan kemampuan bond issuer memberi pulangan kepada bond holder. Ala-ala macam bank check creditworthiness of the peminjam. 


So, kesimpulannyer, bond ni kurang risiko dan kurang gak lah pulangan nyer (compare dengan saham) tapi sekurang-kurangnye ada daripada takde. Baru-baru ni Bursa Malaysia ada buat statement pasal nak bukak retail bond market. So, leh la explore nanti cmner.


http://www.theedgemalaysia.com/highlights/211326-bursa-malaysia-to-open-retail-bond-market-in-2h12.html






p/s: t= timeline/tahun

Friday, 6 July 2012

Islamic Unit Trust

Unit Trust vs. Islamic Unit Trust
Konsep UT dan Islamic UT same je. Cuma yang membezakan ialah asset/ investment product yang di-groupkan tuh mestilah Shariah Compliant (untuk Islamic UT).

Contohnye, kalau UT yang equity based, semua stock/ saham dalam UT tuh kenelah terdiri daripada stock yang Shariah compliant. Macam mana nak tahu list of stocks dalam satu-satu UT? Memang tak kan tahu sebab dari semasa ke semasa portfolio tuh akan berubah. Tapi ada cara lain untuk mendapatkan kesahihan Shariah status. Checklah dalam laman sesawang SC. List of semua Shariah Approved Funds ada kat  http://www.sc.com.my/main.asp?pageid=252&menuid=279&newsid=&linkid=&type=
Kat sini SC dah listkan Shariah compliant UT.

Basically, SC dah check kan status Shariah fund nih. Selain itu, investment bank/ issuer yang manage Islamic UT tuh pn ada Shariah Committee sendiri untuk monitor investment products yang dimasukkan dalam UT yang di issue oleh bank masing-masing. So, ada 2 layer nyer 'screening'.

Impact kepada UT funds bile Revised Shariah Screening di-implement
Seperti yang dah di tulis pada post lepas, funds ni (UT) kene buat rebalancing bile dah dapat tahu status Shariah company yang ada dalam UT diorg. Itu pn kalau ada yang dah bertukar status lah. Impact ni kepada UT yang equity based je. Yang sukuk / money market fund tak affected kot.

Unit Trust


Apakah unit trust (UT)/ unit amanah?
Ni soalan cepumas..ramai yang masuk duit dalam UT. Samada sedar atau tak (invest melalui EPF)..UT ni sebenarnya lebih kurang macam saham. Cuma instead of beli satu saham, ada  beberapa saham/ company di’kumpul’kan dalam satu UT. Selain saham, boleh gak di-groupkan lain-lain asset class macam money market, bond, sukuk dan sebagainye. 

So, ada UT yang groupkan saham-saham dari pelbagai sector..ada yang groupkan saham-saham dari pelbagai negara (75% Malaysia, 25% emerging market), ada yang groupkan pelbagai asset class (80% equity/saham, 20% bond)..banyak jenis lah campuran asset class yang boleh di-groupkan..

Apa beza UT dengan saham?
1. Saham listed
Bezanya, saham (listed) dan UT tak listed..Listed meaning saham tuh disenaraikan dalam Bursa Malaysia dan kite boleh tengok price bergerak setiap saat / minit bile dia berubah..UT kite leh tahu price dia after market dah tutup sebab after market tutup barulah kite tahu price dia berapa. Then ada lain nyer calculation pulak sebab it comprise banyak saham dalam 1 UT (kalau yang based on saham lah)

2. Harga
Saham ni nak kata semuanya mahal tak jugak tapi nak compare to UT, UT lagi murah sebab dah kumpul duit dari ramai orang, then beli dan 'share' UT tuh sesama pelaburnya. So, cost agak rendah. UT jugak membolehkan pelaburnya beli saham yang mahal/ blue chips. Slalunye UT ni tak sampai RM1 pn harganya depend on jenis UT.

3. Risiko
Risiko UT lagi rendah berbanding saham. Eg, kite letak 5 biji telur ayam dalam 1 bakul a vs. 1 biji telur ostrich dalam 1 bakul b...Kalau bakul-bakul tuh jatuh, kemungkinan lebih besar untuk telur dalam bakul b pecah dan mungkin tak semua telur dalam bakul a pecah..mungkin ada yang crack jek...Hurm, bakul a = unit trust dan bakul b = saham.. 
Sitausi bakul a, Kalau harga stock yang kite beli jatuh, mungkin ada saham lain yang harganya naik. So, risiko kerugian tak banyak sangat.
Situasi bakul b (beli 1 jenis saham je)Kalau harga saham yang kite beli tuh jatuh, takde buffer dan mungkin itulah kerugian kite..
Kesimpulannya, UT minimize risiko kerugian..Ni jugak dipanggil diversification.

So kenapa orang beli saham? Kenapa tak beli UT je (memandangkan ia kurang risiko)
Jawapannya, higher risk, higher return..Eg diatas point out risiko kalau rugi. Tapi if untung, bukan calang-calang telur yang selamat...Ostrich tuh..Metafora dah ke hyperbola pulak..Basically, saham   boleh bagi keuntungan yang lebih banyak dan lebih cepat. (kalau kene gayanya). Kalau tak tahu saham pe nak beli, tak reti buat analisa stock, masuklah UT..biar lambat asal selamat



My tips nak beli UT
1- Kenali agent UT anda
Bukan pe..ramai agent yang cari client bile nak cukupkan quota client diorg (commission) tapi tak semua yang betul2 monitor performance UT kite..Ada yang lepas kite sign, terus hilang ke mana..So, if kite kenal agent tuh, kes agent lari ntah ke mana takde lah..Kite leh gak tanye-tanye berapa % profit kite from time to time. Duit kite tak kemana (bukan kes curi)..still dalam UT tuh tapi kalau ddk diam tak bagi profit dah beberapa tahun, better simpan dalam Tabung Haji atau EPF je..Dapat gak return every year..

2. Tanye pe strategy agent UT tuh
Ada agent yang strategy short term dia ialah untuk dapat commission tapi tak tau pe jadi dah dengan pelaburan kite tuh. Strategy nak jual bile...bile nak masuk duit..kat fund mana nak masuk..Tanye lah sebab duit kite yang dia investkan..Tak kan tanak tahu kat ner dia invest duit kite..Kalau UT kite dah 3 - 4 tahun tak pernah jual tuh, cari2 la balik agent kite and tanye pe jadi dengan fund kite tuh. Kekadang bukan pe, bile dah start loss tuh tak dengarlah berita pasal UT kite..Discuss la untuk cari option lain macam switching ke pe..Diorg patut lebih mengetahui.

3. Sendiri monitor sekali sekala (if ada kemudahan nak check price)
Tanye kat agent tuh UT/ fund mana dia investkan duit kite and cost price berapa..If ada kemudahan spt Smart Phone or iPad, ada je application finance. Yang paling famous digunakan ialah Bloomberg. Nak ajar gune Bloomberg pn tak senang tapi try2 la explore if ada kemudahan ni.

Pengalaman saya, saya sendiri check kat fund mana nak di-investkan duit...bile nak jual..bile nak 'average down' etc...Trust is 1 thing but kite yang bertanggungjawab dengan duit kite sendiri. Ye... tak semua orang ada background investment dan tak semua tahu macam mana nak buat investment decision tapi itulah gunenye agent UT. Diorang amik exam nak tau buat semua nih. Kene ada lesen..Itulah gune nya agent2..Yang penting kite pun kene 'study' sendiri kat ner kite invest duit kite...


Friday, 29 June 2012

Pelaburan dalam pasaran saham

Apa itu pasaran saham? What is financial market?
Teringat lecturer pernah tanye definasi 'market' atau pasar...Terkedu sekejap..Market is market lah...Macam mana nak definasikan market tuh pe...
Jawapannya, market/pasar adalah tempat dimana aktiviti jual - beli berlaku...Still confuse mase diberi jawapan nih..Tapi sekarang dah kerja bidang ni,dapat relatekan definasi ni dengan pasaran saham..

Pasaran saham ialah tempat dimana berlakunya pertukaran saham antara pembeli dan penjual. Dalam ekonomi, kite ada belajar demand dan supply. Pembeli demand harga yang rendah untuk saham A dan pada masa yang sama penjual (supplier) nak jual saham A pada harga yang tinggi. Sekiranya penjual dan pembeli dapat 'match' harga yang sama, maka conclude lah transaction tuh. So, macam mana nak tahu saham A tuh ada demand / supply, kenelah check pasaran saham..Sebab tuh dipanggil 'pasar'..Masuk akal tak?hehe
Untuk Malaysia, kite refer kat Bursa Malaysia lah... Pic bawah ni contoh skrin yang biasa ditengok oleh saya...


Apa itu saham?
Saham boleh diconsider sebagai ownership terhadap company tuh. So, kalau kite ada saham Company A, kite ada 'share' dalam keuntungan Company tersebut.

Ada 2 jenis saham...
1) Ordinary shares 
2) Preference shares 

Yang selalu diperkatakan hanya Ordinary shares dimana pemegang saham nye ada voting right mase Annual General Meeting (AGM). So, kite focus on ordinary share je ye..

Apa keuntungan bermain saham?
Ada 2 jenis income dari saham ni..
1) Dividend - Bila saham yang kite pegang ada bagi dividend, kite nyer duit la tuh..Kira income jugak lah.Selalunyer kalau company tuh merekodkan untung yang banyak, diorg nak gak 'happy'kan pemegang saham/ pelabur yang melabur dalam company tuh. So, bile bagi dividend, happy lah pelabur..

2) Capital gain - Keuntungan daripada menjual saham tuh..Eg, kite beli saham harga RM1.00 dan kite jual pada harga RM1.50. Kite dah untung RM0.50...Ni kalau kite ada 1 unit..Minimum nak beli saham ialah 100 unit..So, dalam contoh ni, kite dah untung RM50..Kalau untung RM5, kire sendiri lah berapa untungnye..

Capital gain hanya dikira sekiranya kite dah jual saham tuh ie realized income..Ada lagi 1 istilah iaitu unrealized income. Unrealized ni ialah bile kite belum jual lagi saham tuh..So, if kite tak jual dan harga saham tuh naik banyak mana pun, still tak kire kite dah untung. Itu kire macam atas angin je. Tapi bile kite betul-betul jual saham tuh baru la kite Realized Income.

Contoh...saham Felda (FGVH)..
Cost beli RM4.55...(IPO price)
Closing price : RM5.30

Kalau kite tak jual lagi saham ni, kite nyer unrealized gain ialah RM 0.75 sen seunit. Ni kire 'on paper' nyer untung je. Duit tak masuk lagi kat kite.
Kalau kite dah jual pada harga RM5.30, kite untung RM0.75sen dan ni ialah Realized gain sebab kite dah jual saham ni...


Esok nye pulak, stock price drop dari RM5.30 kepada RM5.20..So, kalau kite still tak jual saham tuh, kite nyer unrealized gain (masih untung sebab harga pasaran lebih tinggi dari cost) ialah RM0.65 sen seunit.

So, banyak orang cakap dia untung/rugi dalam stock market tapi in reality, some of them hanya perkatakan tentang unrealized profit/ loss..Unless if diorg dah jual saham tuh,baru lah betul keuntungan / kerugian diorg.

Risiko bermain saham..

Sekiranya silap memilih saham/company, mungkin akan mendapat kerugian yang besar. Eg, saham Facebook. Ramai yang rugi membeli saham FB nih..Ada yang jual jugak saham FB walaupun at loss sebab takut harga saham makin jatuh dan takde value. So, basically, bukan takat tak balik modal, malah dapat balik duit kurang dari modal beli saham tuh.

Dalam kebanyakan buku teks Finance, pelaburan dalam pasaran saham dikira pelaburan yang ranking atas sekali dari segi risiko. Memang tinggi risikonye. Kite beli saham bukan 1 atau 10 unit..Min 100 unit (dalam context Malaysia) tapi normally orang beli 1000 unit terus. Kalau saham tuh mahal pulak harganye, bayangkan berapa modal diperlukan..Bukan itu sahaja, risiko tak dapat balik modal pn kite amik kire. Silap-silap hangus duit tuh..

Lagi satu risiko terjadi bila berlaku crisis macam financial crisis kat US tahun 2009 tuh, memang hancus lah..Lehman Brothers sekelip mata bankrupt time crisis ari tuh..Kite kat Malaysia ni pun terasa tempias nye.

You can never predict when that unknown torpedo will come out of the dark and smash the price of a stock.  ~Ralph Seger

So, ada berani nak melabur dalam pasaran saham?? Fikir-fikirkan...

Tuesday, 26 June 2012

benefit of Shariah compliant stocks

Seperti yang dijanjikan (walaupun agak terlambat)...kelebihan company atau stock yang ada status patuh Shariah..(ni ala-ala soalan exam subject Islamic Capital Market mase belaja dulu)
Sebenarnya, nak kata kelebihan sangat, tak jugak. Depends jugak ikut pe yang company tuh nak.


Pertamanya, company tuh dapat menarik Muslim investors untuk melabur dalam saham mereka. (tak semua pelabur Muslim yang check tapi kan lagi bagus if melabur dalam company yang patuh Shariah...) Kekadang, bukan sahaja Muslim dalam Malaysia je yang beli saham kat sini, pelabur dari luar negara pun ada. So, ini untuk 'cater' Muslim investors all over the world.


Keduanye, bukan retail/ institutional investors je yang beli saham tuh, mungkin gak akan di-includekan dalam jenis pelaburan yang lain seperti Unit Amanah mahupun ETF (Exchange Traded Fund)...Basically, agak 'marketable' sikit lah saham company tuh if ada Shariah compliant status..

Apa disadvantage nye pulak?
Nak kata disadvantage tak jugak la..Semua company yang nak dapatkan 'initial' Shariah compliant status kenelah 'daftar' kat SC. Dan bukan nye free benda nih..Memang ada la fees dia..Then bile time untuk screening tuh, the company kene provide semua document/ statement yang berkaitan untuk SC screen company tuh nyer status. Dalam setahun 2 kali kene buat..Mungkin ada company yang rase leceh untuk buat semua ni dan tak mintak status patuh Shariah ni. 


Mungkin jugak, untuk maintain status Shariah tuh, ada benda yang company kene forego semata-mata untuk mencapai 'ratio' yang SC sediakan. Contohnye, company minuman (Comp A) yang ada mixed contribution. In order to comply dengan SC regulation, hasil jualan air yang bercampur alkohol tak boleh lebih 5%. Tapi, dimasa hadapan sekiranya Comp A ni nak expend atau kembangkan product yang bercampur alkohol nih, diorg kene consider macam mana expansion plan diorg ni akan memberi kesan kepada status patuh Shariah diorg. If expend sehingga jumlah jualan (product ni) melebihi 5%, dah terkeluar dari landasan...Terus dah tak comply..


Bukan 2 sahaja, bile nama dah terkeluar list (Shariah compliant list), Islamic funds yang pegang saham company ni kene pulak jual secepat mungkin walaupun at break-even (takde untung)..Haa...time ni la sakit cz if banyak sangat selling pressure, harga saham akan jatuh dan banyak lah consequences seterusnye... (ni mungkin akan terjadi Nov 2013 bile SC kuarkan list Shariah status based on revised screening.)

So, ada je (rasenye lah) company yang tak apply pn status Shariah compliant nih..maybe ada yang tak nampak benefit nyer or maybe ada yang memang tahu susah nak comply dengan syarat-syarat yag disediakan..

Kesimpulannye,
Kite sebagai Muslim investors, janganlah ambil remeh benda ni. Kite dah ada SC tolong checkkan status saham-saham tuh..kite pulak lak yang kene ambil initiative sendiri untuk sentiasa update status saham-saham tersebut. 2 kali setahun je kene check. If IPO, check kat Prospectus. Bukan susah pun.


p/s :ETF akan dihuraikan dalam post-post akan datang

Thursday, 21 June 2012

Revised Shariah Screening Methodology by SC (Part 2)

Ok...sambung cerita pasal Screening nih...Seperti yang dijanjikan...
Owh, smalam ada ketinggalan 1 info yang agak penting..ni quote dari website SC


"To ensure a smooth transition under the revised methodology, collective investment schemes and other funds approved by the SC as Shariah-compliant are given a grace period of six (6) months from the effective date of the List of Shariah-compliant Securities in November 2013 to dispose of securities that are excluded from the list. During the grace period, all capital gains realised from the sale of such securities may be retained by the collective investment schemes or funds, without the need to channel any portion of the capital gains to charitable bodies or baitulmal."


Ok, ada 2 points yang penting dalam ayat kat atas tuh..
1) memana fund yang dah diklasifikasikan sebagai Shariah compliant ada mase 6 bulan nak tukar portfolio diorang in case portfolio tuh ada bercampur dengan stock yang Shariah non-compliant..normally ni apply kat Unit Trust lah kot..and also ETF (Exchange Traded Funds) dan mungkin juga semua Islamic funds lain spt Takaful etc (saya assume lah since ni je info yang ada buat mase nih)


2) Keuntungan daripada Islamic funds ni kalau didispose (jual) boleh disimpan tanpa perlu di-charity-kan...ni seperti kata-kata diatas lah..


Macam mana pulak if dalam mase 6 bulan tuh still tak break-even pelaburan dalam stock tuh?
Atau ada corporate action seperti bonus issue atau dividend in specie (qualitative nyer corporate action)..bolehkan subscribe to the corporate actions?macam mana nak address benda2 nih??
Haa...ada clause kecik kat website tuh mengatakan selepas 6 bulan tak jual gak, kene ikut kaedah sedia ada untuk meng-dispose stock tuh..


Ok, apakah implikasi semua ni?
1) Makin kurang stock yang Shariah compliant..Bagus ke tak sebenarnya? 


Untuk Muslim investors;
Ni sepatutnye benda baik sebab stock-stock ni dah di 'screen' untuk pastikan kite melabur dalam stock/saham yang berlandaskan Shariah..walaupun tak 100%, sekurang-kurangnye ada effort towards that


Untuk Fund Manager (Islamic funds)
Masalahnyer kepada Fund Manager untuk meng-adjust portfolio mereka. Tidak kurang jugak kat Unit Trust (UT) funds sebab normally cara UT agent meng-approach customer dengan convinced kan yang fund tuh ada track record yang baik..Contohnye 5% yield..Dengan kurangnye stock yang Shariah compliant, mungkin limited stock yang boleh dibeli dan track record yang lame tuh dah tak apply. kite mcm totally new funds..

Untuk Malaysian stock market
Erm, seadanya kite nye screening methodology (SC) ni agak dianggap lenient sebab senang jek company nak lepas 5 benchmark yang sedia ada tuh..So, kat Malaysia kite rase baguslah sebab banyak Shariah compliant stock..internationally, susah nak market kat orang luar sebab diorg tak convinced dengan cara kite screen stock tuh. 
Sometines, diorg gune Screening methodology dari S&P, FTSE, Dow Islamic ataupun AAOIFI..Semua ada cara screening yang berbeza tapi ikutlah diorg nak gune mana...Mana yang diorg rase comfortable.
Dengan ada nye baru nyer methodology ni, takde la nak cakap lebih diterima globally tapi orang luar boleh tengok la ada effort ke arah nak lebih strict nyer methodology.

2) Membayakkan sukuk issuance (hopefully)
Menandangkan adanye Financial Ratio, company yang nak di-consider sebagai Shariah compliant stock kenelah menjauhi issue bond sebab mungkin akan caused the company terkeluar dari Shariah compliant stocks (33% benchmark). Mungkin ini juga akan membesarkan market sukuk di Malaysia atau dimana jua...Sebab sekarang ni demand untuk sukuk melebihi supply. So, its a good thing. Malaysia pun nak dianggap sebagai Islamic Finance Hub kan...Ini kire langkah yang membawa kite ke arah itu lah.

3) Growth of Islamic Money Market Instrument 
Based on Financial Ratio jugak, cash yang di-dipositkan kat Islamic Money Market Instrument tak dikira dalam ratio itu..So, if nak kurangkan ratio (<33% benchmark), company tuh kenelah deposit duit cash diorg kat Islamic account. Ni kire good news kat Islamic Banks la..and challenging dalam mase yang sama sebab kene banyakkan Islamic instrument untuk menampung permintaan.

4) Effect to the Shariah compliant company tapi diklasifikasi sebagai tak patuh Shariah bile keluar list of stocks Nov 2013 nanti.
Potential sell down dan share price MUNGKIN (tak semestinye) jatuh tapi saya rase ni hanya knee-jerk nyer situation. Ramai sangatkah Muslim investors? Effect kat stock yang 'famous' untuk UT lah kot..FM kene jual stock2 tuh..Retailers maybe tak effect sangat share price.

5) New Reporting Style
Seperti yang saya ulas dalam post sebelumnye (Part 1), company kene specifykan diorg letak / deposit cash kat account Islamic atau conventional. Tujuannya untuk senang nak kire 33% tuh. Tapi untuk ni, company2 tuh ada mase setahun lebih untuk cater banda nih.

Apa kite patut buat dengan info2 nih?
Sebagai investor samada retailer atau pemegang UT, check2 lah fund yang korang beli tuh..rase-rase macam mungkin tak comply dengan new ruling ni, cari2 lah peluang menjual stock tuh..tak pn, ingat-ingatlah Nov 2013 nanti untuk check status stock yang dipegang...


Disclaimer, point-point diatas hanya based on my limited knowledge and berdasarkan limited information yang saya ada..Jadi, kalau rase tak setuju atau ada pandangan lain silalah share jugak disini..Tujuannya hanya untuk knowledge sharing..


Hurm, nampaknye Benefit of Shariah compliant stock kene tunggu next post lah..Cam dah tepu otak tulis post yang berjela nih (yang membace lagi lah ye)..Tetiba banyak lak idea nak tulis..Kalau dalam exam nih leh kot dapat full mark..hehe