Sebelum nak bg hujah2..i just want to share some interesting facts. People are unique in their own way. Part of it is that, we have different way of thinking. That's why there are a lot of argument in this world. Coz people think they are right but u have to acknowledge others opinion too. To me, that's the main reason why we have different fatwa(s) or Shariah resolution for that matters. The most important thing is to 'study' the subject matter and make your own judgement. I'm not in the position to say which fatwa is right what more to say u should invest or not in any investment. But, as I said, do your own research and all up to your 'tolerance' level on the subject matter.
So, here the exciting analysis begins.... (its important for me to put the source cz you can do ur own research sendiri later..more kpd disclaimer benda2 bkn direka..hehe)
Details y Majlis Fatwa cakap HARUS...(http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya)
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
Keterangan/Hujah:
- Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.
- Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar. Dalam hal ini, Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas
- Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.
- Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.
- Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.
- PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.
Nape ada yang cakap HARAM (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/penilaian-semula-hukum-pelaburan-aamanah-saham-nasional-asn-dan-amanah-saham-bumiputera)
Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-
- Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud:
ما اجتمع الحلال والحرام إلاغلب الحرام الحلالMaksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ” - Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
- Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.
Itu baru sikit nyer analysis...Dalan 1/3 dari analysis nyer...(ingat senang keje analyst..smua benda kene 'verify')
Ok kat point haram tuh ada mention pasal Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekiriti (SAC of SC) cakap tak patuh syariah..Apakah itu actually?
Untuk layman yang tak familiar, SC adalah badan yang bertanggungjawab menjaga kepentingan pelabur. So kalau kite invest in ASB, we are pelabur/investor lah basically...Ok continue...SC ada wujudkan Syariah Advisory Council (SAC) untuk protect the Muslim investors. They come out with a Stock Screening untuk determine whether a particular stock is Shariah Compliant ke tak...(detail on this stock screening akan diexplain panjang lebar di post seterusnyer) but, setahun 2 kali SC akan publish list of stocks yang syariah compliant (patuh Syariah)..leh check kat website diorg (http://www.sc.com.my/sub.asp?pageid=&menuid=267&newsid=&linkid=&type=). Kat sini pn ada explain pasal Stock Screening.
Dipendekkan cerita, stock2 yang dibeli dalam ASB dan seangkatan dengan nyer ada bercampur patuh dan tak patuh syariah...Sebab tuh la point no2 kat part haram tuh cakap tak patuh syariah..
Hujan HARAM banyak cerita pasal Maslahah dan ada sentuh pasal Maqasid al-Shariah dan ianya lebih berbentuk qualitative. So nak analyze lebih2 cm susah nak concludekan disini. Tapi nak ditekankan disini, bukan sahaja sektor kewangan yang tak patuh syariah, ada gak sektor2 lain yang tak patuh syariah seperti yang dibincangkan dalam List of Syariah Compliant Stocks dari SC.
Third part of this 'analysis' ialah untuk anda sendiri cross-reference stock2 yang ada dalam ASB nye annual report dan List Shariah Compliant Stocks yg SC keluarkan..Please do your homework and make your own conclusion.
Nak insert attachment kat sini tak leh / tak reti...so download lah sendiri Annual Report kat (http://www.asnb.com.my/english/index.htm) and List tuh kat link SC yang diberi tadi...If nama stock takde dalam List Patuh Syariah, makne nyer tak patuh syariah la stock tuh provided that stock bukan recently buat IPO (Initial Public Offering...ini berkemungkinan akan menjadi sesi sharing di masa akan datang)..if tak sure gak, you are welcome to ask me..I'll be happy to share.
Sekian terima kasih..Dasyat gak panjangnyer. Ingatkan tak banyak cz ini kite analysis yang takde lah susah sangat (bukan nak takut2 kan tapi itulah kebenaran bile dah lame buat kene menganalisa).
P/S: Kepada yang tak pasti nama2 stock tuh buat pe/pe main activity mereka, go to their website. Almost all public listed company ada website sendiri.
No comments:
Post a Comment