Sunday, 27 October 2019

Zakat Saham

Semua orang tahu zakat ni amalan yang WAJIB. Selalunyer kite biasa dengar zakat fitrah (bayar mase bulan puasa), zakat harta (untuk mengelak bayar cukai utk kebanyakan org- tak semua), zakat perniagaan (company yang bayar) dan banyak lagi jenis zakat. Sememangnye ada banyak jenis zakat yang kite kene bayar tapi memandangkan blog lebih ke arah capital market, saya nak bincangkan pasal zakat saham...

Keuntungan daripada saham consider kite nyer pendapatan. So, saham yang kite pegang ni pun kene bayar zakat..samada kite masih pegang saham tuh atau dah jual..kalau still simpan, cukup haul nyer, kene la bayar zakat. Ni dalil berkaitan perlunya bayar zakat.


Dalil dan syarat wajib mengeluarkan zakat saham adalah sama seperti dalil dan syarat atas zakat wang simpanan.


“Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”

Ok, memandangkan kite dah tahu kene bayar zakat, timbul persoalan adakah ini untuk semua jenis saham atau hanya saham yang patuh shariah?
Jawapannya, hanya applicable untuk saham yang patuh shariah sebab keuntungan daripada saham tidak patuh shariah bercampur dengan pendapatan yang shubhah.

Persoalannye, macam mana nak kire saham zakat ni?
Mula-mula perlu diterangkan zakat saham ni terbahagi kepada 2 kategori sebab untung yg kite dapat daripada saham ada 2:
a) Dividend daripada saham yang dibeli. 
     Untuk dividend, total dividend yg kite dapat x2.5% je. Senang kiraan ni. 

b) Capital gain (untung pasaran harga naik harga)
     Huraian seperti dibawah:

Untuk capital gain, terdapat 2 jenis untung iaitu
i) saham yang kite dah jual dan dapat untung. Eg beli saham harga RM1.00, jual pada harga RM1.90. Untung RM0.90. 
Untuk kategori yang pertama, senang je kire zakat nyer. Jumlah keuntungan x 0.25%. Contoh, keuntungan bersih (dah tolak brokerage fees dan fee-fee yang berkaitan) yang kite dapat daripada jual Saham A ialah RM1940. So total zakat yang perlu dibayar ialah RM48.50 (1940 x 0.025). Keuntungan bersih dikira setelah tolak segara brokerage fees and fees seangkatan dengannya.

ii) saham yang kite masih pegang (hold) dan dah cukup haul nyer (1tahun). Untuk kategori ni, kite masih pegang saham ni cume kite dah pegang lebih dari 1tahun dan ada pengiraan zakat untuk ni juga.

Ketegori kedua ni agak complicated sikit sebab ada 2 pandangan berbeza daripada pusat zakat dari segi pengiraan zakat itu sendiri;
1) zakat saham = nilai pelaburan di hujung haul (harga pasaran* x unit) x 2.5%
2) zakat saham = nilai pelaburan (harga ter-rendah* dalam mase setahun x unit) x 2.5%.

Perbezaan ialah pada harga saham itu sendiri. Yang pertama ikut harga pasaran di hujung haul manakala yang kedua pula berdasarkan harga terrendah dalam mase setahun. Kedua-dua pengiraan akan memberi result yang berbeza. Kenapa berbeza? Mungkin Ijtihad ulama yang berlainan pendapat. Apapun, zakat saham termaktub dibawah purview pusat zakat dinegeri masing- masing. Untuk kepastian pengiraan zakat saham, boleh layari laman web pusat zakat dikawasan masing-masing, antaranya:

KL: http://www.zakat.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=77%3Azakat-saham&catid=10&Itemid=83&lang=ms
Selangor: https://www.zakatselangor.com.my/zakat-saham/
Penang: http://www.zakatpenang.com/index.php?option=com_content&view=article&id=22&Itemid=101
Pahang: http://www.zakatpahang.my/index.php/kira-zakat/kalkulator-zaka-saham
Sarawak: https://www.tbs.org.my/www/?page=94
Sekiranya company tersebut dah bayar zakat perlu ke kite bayar zakat lagi dari dividend yg diperolehi?
Isu ni masih ada pertikaian sebab ada yang cakap kene bayar dan ada yang cakap tak perlu dah sebab company dah bayar. Tapi ada baiknye tanye pusat zakat masing-masing untuk kepastian memangangkan mereka lebih arif dan Ijtihad ulama berbeza ikut negeri. 

Personally bagi saya, tak salah kalau terbayar lebih zakat. Ni saya punye argument, company tersebut bayar zakat perniagaan berdasarkan untung rugi company tersebut manakala kite dapat dividend income, aka zakat pendapatan untuk kite. 2 jenis zakat yang berlainan. Wallahu a'lam

* dimanakah nak dapatkan harga pasaran / harga ter-rendah sesebuah company? InsyaAllah akan dikupas dalam post akan datang. 



Source:
http://www.bursamalaysia.com/market/islamic-markets/education/zakat-on-shares/http://www.zakat.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=77%3Azakat-saham&catid=10&Itemid=83&lang=mshttps://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/maklumat-zakat/

Monday, 7 October 2019

It's been a while

Sejujurnya, dah lama saya lupakan blog ni. Tetiba tergerak hati untuk melihat pe khabar blog yang dah bersarang sekian lama ni. Langsung tak expect masih ada pembaca dan boleh ceceh 17k viewers. Tak tau la diorg ni terjumpe blog ni secara tak sengaja atau memang mencari ilmu untuk topik-topik yang dibincangkan. Yang pasti saya sangat terharu dengan banyaknye viewer dalam tempoh masa 6tahun ni dengan takde post baru pon ada juga org baca blog ni. 

Terima kasih untuk yang mengunjungi blog ni dan semoga penulisan ni bermanfaat kepada para pembaca. Sebagai tanda penghargaan, saya akan cuba mencuri masa untuk menambah topik-topik yang menarik dalam blog ni supaya bermanfaat. Sekiranya ada cadangan topik baru boleh komen dibawah dan saya akan pertimbangkan. 


 <a href="https://pngtree.com/free-backgrounds">free background photos from pngtree.com</a>

Thursday, 10 January 2013

Barangan ribawi- Currency trading- Forex

Saya terpanggil untuk bercerita pasal Foreign Exchange atau lebih dikenali sebagai FOREX. Sejujurnya, forex bukanlah bidang saya tapi saya akan tulis berdasarkan pengetahuan saya yang agak limited ni dan berdasarkan apa yang saya baca daripada sumber yang boleh dipercayai.

Sememangnye dalam Quran takde istilah forex tapi dalam Islam kite ada konsep yang dikenali sabagai bay al-sarf iaitu perdagangan mata wang. Sebelum saya nak cerita pasal bay al-sarf, saya nak mulakan dulu dengan basic perkara yang diharamkan dalam transaksi dalam Islam. Salah satu benda yang secara umumnya, semua orang tahu riba diharamkan dalam Islam. Ada banyak ayat dalam Quran menegaskan hal ini. Cume kebanyakan orang nampak riba hanyalah 'interest' yang ada kat bank sahaja.

Tapi apa yang tak berapa ramai tahu, ada beberapa jenis riba dan salah satunya ialah riba nasiyah.
Untuk riba nasiyah, ada 1 hadith yang sangat-sangat penting dan famous untuk orang-orang yang belajar Islamic finance iaitu hadith yang menerangkan pasal barang- barang ribawi (ribawi item). Hadithnya berbunyi begini:

Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” - (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)

Hadith diatas menarangkan bahawa barang-barang diatas (6 kesemuanya) MESTI ditukar on the spot dan at par (tiada discount atau premium). T
erlebih dahulu kite analyse apakah barang-barang yang ada dalam hadith tersebut:
1-emas
2-perak
3-gandum
4-barli
5-kurma
6-garam

Keenam-enam barangan diatas juga digelar sebagai barangan ribawi. Para ulama, menerusi kaedah qiyas telah menyatakan illah meng-groupkan barang-barang diatas kepada 2 kategori iaitu 
a) matawang /medium of exchange/ currency (emas dan perak)
b) makanan ruji (gandum,barli,kurma, garam)

Untuk barangan emas dan perak, ulama bersepakat mengkategorikannya sebagai mata wang sebab pada zaman dulu, emas dan perak digunakan sebagai matawang. Zaman sekarang, kite dah tak gune emas dan perak tapi kite gune wang kertas sebagai matawang. Jadi, matawang atau currency juga termasuk dalam kategori barangan ribawi. 

Apa yang membuatkan wang kertas 'laku' sebagai matawang / medium of exchange?
Sila tengok kat duit kertas anda, mesti ada perkataan ni "Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai"

Dua point yang sangat penting dalam hadith diatas ialah, sekiranya kite nak menukar barang-barang di atas, MESTI ditukar secara lani (on the spot) dan pada kadar yang sama. Contonnya, 100gram emas ditukar dengan 100gram emas dan MESTI on the spot.
Sekiranya salah satu tidak di fulfill, maka terjadilah riba nasiyah. Untuk menyenangkan pemahaman, sila rujuk table dibawah:


Jadinye, ada sekiranya kite nak tukar SGD dengan SGD, kene menggunakan kadar yang sama. Tak boleh tukar SGD15 dengan SGD20. Logiknya pun, takde sesapa nak tukar dengan kite kalau hal ni terjadi. So, takde masalah la pasal ni. 


Berdasarkan table diatas juga, kite boleh tukar SGD dengn RM, currency dengan currency tapi MESTILAH on the spot (kotak hijau). Kadar tukaran ikut harga pasaran, tak pe tapi kenelah on the spot. 


Memandangkan boleh tukar matawang A dengan matawang B, memang takde masalah la dengan forex ni. Cume persoalan nye, adakah penukaran kite on the spot? Kalau kite nak pergi melancong ke oversea dan pergi ke money exchange, mintak tukar duit, itu kite on the spot lah..Kite bagi RM, dia bagi USD dan dan tuh jugak. Yg ni memang takde masalah.


Tapi yang ada masalah (bagi saya) ialah bile kite jual beli forex online yang dapat keuntungan atas angin. Soalan pertama yang perlu ditanya, apa niat kite buat online forex? Adakah untuk menjadi speculator? Kite speculate matawang itu akan naik harga. Adakah kite betul-betul 'study' turun naik tukaran asing itu dan berani nak beli dan jual online? Kalau transakasi itu genuine, sanggupkah kite terima 'delivery' matawang itu? Modal untuk kite buat forex trading ni dari poket kite sendiri atau duit pinjaman (riba) dari pihak lain? Jika ada keraguan dalam soalan-soalan ni, mungkin anda lebih berminat baca bahagian bawah ni...


Seperti saya tulis diatas, pengetahuan saya agak kurang dalam bidang forex ni. Tapi saya boleh kongsikan beberapa hadith yang berkaitan dengan forex yang saya jumpe dalam beberapa kertas kerja penganalisa untuk kepentingan bersama

Hadis yang diriwayatkan Abi Said al-Khudri bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: Jangan kamu jual emas dengan emas kecuali secara sama kuantiti, jangan kamu lebihkan antaranya. Jangan kamu jual perak dengan perak kecuali sama kuantitinya, jangan kamu lebihkan antaranya, jangan kamu menjual darinya sesuatu yang tiada dengan sesuatu yang sudah ada!

Asas larangan menjual sesuatu yang belum dimiliki ialah Sabda Rasulullah SAW:
Ertinya: Tidak halal salaf dan jualbeli, tidak halal dua syarat dalam satu jual beli, tidak halal keuntungan tanpa mengambil risiko, tidak halal jualbeli sesuatu yang kamu tidak miliki.


Imam Malik Rahimahullah melarang penjualan matawang yang belum dimiliki walaupun seseorang itu boleh mendapatkan wang tersebut melalui qard ketika transaksi sarf berlaku.
Ertinya: Pada bab lani/ on the spot’ al-Sarf. Aku berkata: Apakah pandangan kamu sekiranya aku berkata dengan seorang lelaki (A) dan kami sedang duduk dalam majlis kontrak: Jualkan aku 20 puluh dirham dengan satu dinar, berkata: Ya, aku setuju aku berkata: Akupun begitu, maka kami pun bertransaksi. Kemudian aku berpaling ke seorang lain (B) denganku dan aku katakan: Pinjamkan aku satu dinar. Dan dia (B) beri. Maka aku membayar dinar tersebut kepadanya (A) dan dia membayarku 20 dirham. Bolehkan transaksi tersebut, atau tidak? Berkata Malik: Tidak ada baik padanya.


ISU PELABURAN MATAWANG UNTUK MENDAPATKAN FAEDAH DARI TURUN NAIK HARGA. (Spekulasi)

Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah meriwayatkan:
Ertinya: Sesiapa yang terlibat memanipulasikan harga barang masyarakat Islam, untuk menaikkan harga mereka, Allah berhak menjadikan ke atas mereka dengan menuntunnya dengan tulang dari neraka pada hari kiamat.

Untuk mendalami topik ini, saya cadangkan bace article kat link ni. Siap ada bagi kertas kerja yang telah dibuat oleh penganalisa.


http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/993-muzakarah-jakim-berkenaan-hukum-forex-trading.html

Saya sedar ramai yang tak nak 'lepaskan' forex ni sebab keuntungan dia melipat kali ganda. Tapi, persoalannya, kite nak lebihkan harta di dunia atau kite nak ikut syarak? Ye matawang diatas hanya berdasarkan qiyas alim ulama tapi adakah knowledge/ pengetahuan kite setaraf dengan mereka untuk menidak kan qiyas mereka?




Wallahualam

Monday, 1 October 2012

Kenapa beli saham patuh shariah?

Rasenya dah agak lama tak tulis blog. Sangat sibuk dengan IPO - IPO yang keluar dalam bulan nih. Ada 2 je pun tapi proses-proses nak 'study' IPO dan membuat report tuh yang mangambil masa.

Ok, saya nak cerita pasal kenapa sebagai Muslim, kite kene beli saham yang patuh shariah sahaja. Saya tak cakap WAJIB sebab siapalah saya nak keluarkan hukum tapi sebagai sesama Muslim, apa salahnye kite 'explore' pasal topik nih.

Saya rasa tergerak untuk ceriata pasal topik nih sebab mase 'study' 2 IPO baru-baru ni, (IGB REIT & Astro), ada yang bertanya saya ok ke stock2 nih. So conversation kitorang lebih kurang macam ni...

A: Ok ke IGB & Astro nih?
Saya: Nak beli ke?Saham ni tak Shariah compliant
A: Haa..nape lak? IGB ni REIT je kan? Kutip rental. Nape tak Shariah?
Saya: Sebab rental nye dari shopping complex. Ada macam-macam kedai kat Mid Valley tuh. Tau2 je lah kedai apa yang ada. Nak tau detail kene check dengan SC lah.
A: Astro pulak?
Saya: Tengok je lah cerita-cerita yang ada kat Astro tuh. Lagipun ni termasuk dalam kategori 'hiburan' dalam list tak patuh shariah yang SC keluarkan.

Kesimpulan yang saya dapat, mungkin SC kita dah bagi 'Guideline' pasal stock yang patuh Shariah ni tapi tak digunakan oleh orang Islam kat Malaysia ni. Mungkin ada yang tak tahu atau buat-buat tak tahu. Sememangnye semua ni kite sendiri yang tentukan. Bagi saya, saya dah buat apa yang sepatutnya saya buat. Saya dah bagitahu status stock tuh. Tapi ikut individulah nak beli ke tak..

Bila orang tanye saya, kenapa orang Islam kene beli saham yang patuh Shariah sahaja, jawapannye senang je. Nak ke kite ada 'share' dengan business yang tak patuh Shariah? Masalah dengan muamalat nih takde direct guideline pe yang kite patut buat. Smua open kepada individu nyer interpretation.
Tak macam soal makanan halal dan haram. Ni memang dah termaktub apa yang kite boleh dan tak boleh makan. 

Tapi kite ada orang-orang yang expert yang dah tengokkan pasal benda ni. Ye saya refer pada SC's Shariah Advisory Council. Mereka ada sufficient knowledge pasal subject matter dan dah keluarkan pandangan mereka. Mereka dah meneliti perkara ini dan dah buat ijtihat mereka. Kalau tak setuju dengan pandangan mereka, pastikan anda juga ada sufficient knowledge untuk membuat kesimpulan sendiri. Apa-apa pun, kite bertanggungjawab dengan keputusan yang kite buat. So, tepuk dada, tanya selera.

Ada yang argue dia beli hanya untuk Capital Gain, bukan nak tunggu Dividend pun. Kalau Dividend tuh (bagi saya) memang tak boleh la..Saya bagi contoh beli saham Genting. Sebagai orang Islam, kite tahu berjudi haram. Nak ke kite di'associate'kan dengan keuntungan daripada berjudi? (dividend selalunyer diberi hasil daripada keuntungan sesebuah company). 

Macam mana dengan capital gain? Ambil untung daripada kenaikan harga saham tersebut. Entahla, memangla beli saham kat market tak directly salurkan kat company tersebut tapi bagi sayalah, kenapa kite nak ada pun saham yang tak patuh Shariah nih? Bukan takde saham lain yang juga kite boleh mendapat keuntungan daripada Capital Gain dan Dividend.

Ada lagi 1 isu dimana ada yang cakap, takpe beli je dulu, nanti 'bersihkan' la dengan bayar zakat atau bagi some portion kepada charity. Bukankan lagi senang tak beli langsung? Nak ke kite bagi charity eg kat Rumah Anak Yatim atau Baitulmal duit hasil daripada benda yang Shubhah?

Apa-apa pun, tepuk dada tanye iman. Selagi boleh hindarkan, hindarkan lah sebab sebagai Muslim jugak kite tahu semua perbuatan kite akan ditimbang dan dipersoalkan kelak. 

Wallahualam

Monday, 6 August 2012

Astro IPO

Saya tengok kat statistic entri saya ada ramai orang 'search' pasal IPO Astro..tanye bile listing etc...Secara jujur saya nak bagitahu, saya takde detail lagi pasal tuh sebab memang belum ada dengar cerita lagi..Lagipun bulan puasa IPO agak slow, stock market pn agak slow..
.
Tapi saya akan share takat apa yang saya tahu je dulu berkaitan Astro IPO nih...
1) Timing- seperti yang dikhabarkan kat akhbar2, listing expected 4Q12 meaning akhir tahun lah...Antara Oct-Dec 2012..InsyaAllah if takde masalah dengan SC on Prospectus, Requirement etc..

2) Ada peruntukan dari MITI ke tak? Saya baru tengok website MITI, masih belum ada lagi dan samada akan ada ke tak pn honestly saya tak pasti..

3) Shariah compliant ke tak? Seperti yang kite tahu Astro ni termasuk dalam industri Entertainment/ Hiburan...So very unlikely untuk menjadi Shariah Compliant sebab screening ikut industri pun tak lepas..Even if lepas jugak, kene tengok criteria lain seperti perception orang ramai tentang Astro sebagai company as a whole...So, agak susah nak klasifikasikan Astro sebagai patuh Shariah...Selain itu, saya ada check list company yang patuh Shariah kat SC (Senarai May 2010) mase last time Astro listed (Astro delisted June 2010) dan Astro memang tak disenaraikan dalam List Patuh Shariah tuh..

Info lain, kemungkinan besar Astro akan termasuk dalam senarai 30 company dalam FBM KLCI berdasarkan track record sebelum ia de-listed. Samada akan masuk automatik macam Maxis, kene tunggu dan lihat

Harap terjawab persoalan buat masa ni..Selagi Prospectus tak keluar, sangat susah nak cerita sebab belum tau pe game plan Astro this time around..Yang pasti Astro yang akan keluar ni akan ada kelainan dari Astro yang sebelum ni. Takkan dah keluar and nak masuk sebagai entiti yang same kan? Mesti kene ada 'wow' factor nak tarik pelabur...

Saturday, 4 August 2012

Saham Akhirat- Sedekah



Sempena bulan Ramadan yang mulia ni, saya nak 'lari' sikit dari topik finance tapi still cerita pasal saham..Haa..jangan ingat duniawi je ada saham..Akhirat pn ada saham...Perkara-perkara/ Amalan yang kite buat yang boleh dijadikan 'saham' kite untuk kite 'realized'kan diakhirat kelak. Saya bukan lah terrer sangat bab-bab ni tapi sekadar berkongsi pengetahuan yang dapat dari kuliah-kuliah yang saya attend. Seperti mana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.

Kenapa dalam bulan Ramadan baru nak cerita pasal ni? Sebab setiap amalan sunat yang dibuat dalam bulan Ramadan ni sama macam buat amalan fardhu dan setiap amalan fardhu digandakan pahala 70 kali ganda. So, rebutlan peluang pahala bulan ni..Ni semua kire saham akhirat kite jugak..

Ada banyak amalan yang boleh kite 'invest' dalam saham akhirat nih (bukan sahaja dalam bulan Ramadan,cume pahala lebih la dalam bulan Ramadan ni)..Yang saya nak cerita kat sini ialah sedekah...Kenapa sedekah? Sebab sedekah termasuk dalam 3 amalan yang tak putus pahala even kite dah tiada, selagi ia memberi manfaat kat orang..So, kalau kite tengk dalam investment perspective, 'value' sedekah ni takkan jatuh walaupun kite dah takde..unless kite riak la pulak dengan sedekah yang kite buat tuh..Itu lain cerita.

“Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan pada setiap tangkai pula ada 100 biji. Allah melipatgandakan ganjaran sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Jangan la kite cakap "Aku tak kaye lagi, takkan nak bagi duit aku kat orang lain, untuk sendiri pun tak cukup"..Kite kene yakin yang Allah akan balas sedekah kite dengan rezeki lain. Rezeki pun tak semestinye monetary form je. 

“Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan akan dikalungkan kelak di lehernya pada hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Ali ‘Imran: 180)

Kat mana afdal nak bersedekah?
Kat memana yang penting untuk jalan Allah. Sebenarnye, tak semestinye sedekah kite bagi duit cash kat orang. Sekarang ni ada banyak cara nak bersedekah. First time perkataan "Saham Akhirat" yang saya ingat saya ternampak ialah kat 1 booth kat 1 program yang saya join. Kat booth tuh ada banyak jenis Quran dan saham yang dimaksudkan ialah kite membeli Quran dan 'organizer' tuh akan sedekahkan Quran itu ke masjid atau tempat tahfiz yang memerlukan.


Selain tuh, banyak je sedekah yang ada mintak dana untuk masjid ke..sekolah tahfiz ke...tak banyak, sikit pn jadilah. Pernah jugak dengar ustaz cerita pasal wakafkan harta kite ke jalan Allah. Ustaz tuh cakap dia cari tempat-tempat pedalaman yang susah dapatkan air dan buat perigi kat tempat itu..Banyak manfaat tuh kat orang setempat. 
Kat IKIM last week ada dengar pasal buat aqiqah dibulan Ramadan. Pahala memberi makan orang mase bulan Ramadan ni banyak. Nak lebih lagi, buat aqiqah dan sedekahkan makanan yang diaqiqahkan kat tempat2 minoriti Islam yang masyarakat nyer memang susah. Yang penting creative untuk menolong orang.

Cume return on investment (ROI) ni tak nampak directly dan on the spot la. Mana pun saham akhirat, tunggu  time akhirat la blh tau 'value'. Tapi ada jugak kes2 terus nampak 'return' tuh directly, ikut rezeki masing-masing. Yang penting kite memberi dengan seikhlas hati dan yakin Allah akan balas dengan cara Dia.


Last but not least, if rase taknak buat yang sunat, ingat-ingatlah yang wajib..Mana yang belum bayar zakat pendapatan silalah check kat Pusal Zakat yang terdekat berapa kene bayar.Jangan ingat zakat fitrah je yang kene bayar..(iklan Pusat Zakat lak sekejap..hehe)

“Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Wallahualam


p/s: Saya pun tak perfect dan same-same kite saling ingat mengingati sesama sendiri

Sunday, 22 July 2012

Islamic REIT (I-REIT)

Islamic Reit ni apa pulak? Nama pun reit, konsep same jugak la dgn reit. Cume ada Islamic kat depan. So, secara kasar nye, iREIT ni shariah compliant nyer stock. 


Apa yang membuatkan sesuatu reit tuh leh jadi Islamic reit? Jawapan senangnyer, check kat sini...
http://www.sc.com.my/main.asp?pageid=257&menuid=346&newsid=&linkid=&type=


Sebenarnya, Malaysia's SC ialah 'badan' yang pertama mewujudkan Guideline untuk I-REIT ni. Guideline I-REIT ni senang je. Company yang nak buat I-REIT kene pastikan bakal penyewa premis mereka menggunakan premis mereka untuk menjalankan aktiviti yang mengikut Shariah.


Kalau ada percampuran aktiviti yang tak ikut Shariah, jumlah sewa itu (yang tak patuh Shariah) tidak boleh melibihi 20% daripada jumlah sewa yang diterima. (Ikut rule Shariah Screening je ni). 


Apakah aktiviti yang tidak berlandaskan Shariah? Sama jugak seperti yang ada dalam Stock Screening. Boleh refer post sebelum ni ye..Tapi ada tambahan sikit..Ada benda lain yang I-REIT kene comply tapi takde kat Stock Screening..Benda tuh ialah
a) Deposits, Money Market dan lain-lain financing - kene simpan deposit kat Islamic Money Market sahaja
b) Insurance- Premis kan kene ada insurance..So I-REIT kene cari takaful je melainkan takde takaful yang nak 'cover' premis tuh


Shariah Committee; Shariah compliant stocks yang lain tak perlu ada Shariah Committe yang sentiasa check diorg nyer aktiviti. Tapi I-REIT kene ada sebab Shariah Committee ni la yang kene pastikan I-REIT ni tak beli premis yang tak boleh dimasukkan kat portfolio diorg.

Senario yang mungkin terjadi
1- I-REIT ni ada 1 bangunan yang kosong. Boleh tak nak sewakan kat company yang menjalankan aktiviti tak ikut Shariah walaupun jumlah keseluruhan sewa tidak melebihi 20% benchmark?
Tidak boleh sama sekali. Tetapi sekiranya aktiviti company yang bakal sewa tuh ada percampuran aktiviti patuh dan tak patuh Shariah, kene ikut ijtihad Shariah Committe mereka.

2- Boleh tak nak beli bangunan yang memang sedia-ada penyewa dan penyewa itu menjalankan aktiviti tak patuh Shariah?
Tak boleh juga sebab nak jaga imej iREIT

Ada banyak lagi FAQ yang terdapat dalam Guideline ni. Bolehla refer kat website SC atau kat link yang telah diberikan.


Buat masa sekarang ni ada 3 iREIT kat Malaysia yang listed. Nak tahu company apa, sila bukak link kat atas tuh..Macam mana nak tau REIT tuh I-REIT ke tak? Seperti stock-stock lain, bolehla check kat 'Senarai Stok Patuh Shariah' yang dikeluarkan oleh SC 2 kali setahun tuh. Kat link ni http://www.sc.com.my/paper.asp?pageid=902&menuid=630&newsid=&year=2012.

Apakah premis yang dibolehkan menjadi Islamic REIT ni?
Sebenarnye tak de limitation tapi shopping complex confirm tak patuh Shariah. Tak payah tengok jumlah sewa pun, dah leh agak tak comply sebab pandangan masyarakat kat shopping complex. Dengan panggung wayang nyer, kedai ntah pepe jual etc, confirm tak comply la. 


Tapi sebanarnye, reit yang ada shopping complex ni la yang bagi banyak dividend sebab senang diorg nak naikkan sewa. Eg, salah satu shopping mall kat KL yang baru 'list' kan reit diorg, ada waiting list untuk kedai yang nak masuk shopping mall diorg. If ada sorang tak boleh bayar sewa, ramai yang menunggu nak masuk. Macam pisang goreng panas.

Cabaran I-REIT?
Lebih kepada teknikal sebab kene kite 20% benchmark tuh. Setiap kali beli premis baru atau tukar penyewa, kene sentiasa kira 20% benchmark ni

Risiko pelabur?
Erm, risiko same seperti membeli REIT lain (seperti post sebelumnye) tapi ada 1 risiko penting iaitu Shariah Risk. Rase pernah sentuh pasal ni tapi takpe, saya cerita kat sini lagi.
Shariah Risk ni ialah risiko sekiranya company ni terkeluar dari senarai patuh Shariah. Mana tahu, memandangkan susah sangat nak dapatkan penyewa yang patuh Shariah, company tuh 'langgar' je regulation yang ada.

Pe nak buat sekiranya perkara ni terjadi?
SC ada gak bagi cara yang disyorkan untuk di'bersih'kan duit yang kite dapat dari company ni. Secara logiknye, kite dapat dividend yang directly daripada duit sewa. Jadi, sekiranya iREIT sewakan kat company yang tak patuh Shariah, duit yang kite dapat tuh ada portion yang tak patuh Shariah la kan?

Effect selepas Reivsed Screening
Actually REIT ni kire selamat sebab untuk deposit dan financing, memang I-REIT kene ikut Islamic financing. So benda ni bukan benda baru untuk I-REIT. 
Untuk benchmark 20% pulak, masih tak berubah. So, agak selamat la I-REIT ni.